Friday, January 25, 2019

Urutan Bayi - Cara Merangsang Perkembangan Bayi


Semasa kali kedua mengandung dahulu, ummi pun tak ingat macam mana boleh dapat info tentang urutan bayi baru lahir. Agaknya Sister di hospital yang terangkan. Kemudian ummi pun buat bacaan dan bertanya kepada bidan-bidan.

Barulah tahu yang urutan pada bayi ini ada banyak faedahnya. 

Faedah urutan bayi

Dengan mengurut bayi, kita sebenarnya sedang membina ikatan mesra antara ibu dan anak. Bukan setakat itu sahaja, urutan bayi :

a) membantu menguatkan daya tubuh badannya
b) membantu bayi rasa tenang dan selesa
c) membantu tumbesaran fizikal bayi
d) membina keyakinan diri bayi

Bila waktu sesuai mengurut bayi?

Ummi biasa buat selepas anak mandi. Waktu itu dia dalam keadaan yang segar. Tak lama pun, dalam 5 ke 10 minit sahaja. Urut pun bukanlah tekan kuat-kuat. Sakit baby tu nanti ;)

Cara urutan bayi



Gambar 1 : Cara urutan kepala dan muka bayi

Gambar 2 : Urutan Tangan. 

Gambar 3 : Urutan perut. Buat turutan I Love You pun boleh.

Sumber gambar : Web Sanosan

Gambar 4 : Cara urutan dada. Kembangkan dua tapak tangan. Urut dari bawah ke atas dan bawa ke tepi dan bawah.

Gambar 5 : Urutan kaki. Urut tumit sehingga jari kaki bayi dengan ibu jari kita.

Gambar 6 : Urut bahagian belakang. Tiarapkan bayi. Letakkan hujung jari anda pada bahagian atas belakang bayi dan mengerakkan mengikut bulatan arah jam manakala perlahan-lahan bergerak mengusap lembut sehingga ke punggung bayi anda.

Insya Allah bayi anda akan biasa dan seronok dengan sesi ini. Buat setiap hari pun baik untuknya.

Ummi suka guna balm T-rub menggantikan minyak telon sebab :

a) Ada kelulusan KKM.
b) Bahan T-run dari minyak pati tumbuhan yang premium dan selamat digunakan oleh bayi.
c) Berperanan membantu masalah sembelit, kembung dan sebu pada perut bayi.
d) Baunya harum! Ummi suka bau serai dan halia yang ada padanya.
e) Diadun daripada lebih 6 jenis minyak pati tumbuhan.

Balm T-rub

Biasanya Ummi suka pakai T-rub yang digabungkan dengan balm CF-rub. Boleh klik sini untuk tahu lebih lanjut pasal CF-rub :) Dan ada Pakej duo balm ini iaitu Set YUU (Yak-Uhuk-Uhuk)


✔️Cf-rub untuk melegakan batuk, selsema, mencairkan kahak dan menurunkan suhu ketika demam ringan.

✔️T-rub untuk membantu melegakan kembung perut, sembelit, angin, dan cirit birit.
.
Ia berasaskan minyak pati tumbuhan, tanpa Paraben, SLS dan Menthol. Selamat digunakan pada baby newborn dan dapat kelulusan KKM.

Diskaun 10% + free puzzle sepanjang Januari

Harganya hanya RM88.00 (harga asal RM98.00!)
Boleh order dengan ummi di sini tau :


Jumpa lagi.

** Info diolah dari Majalah PaMa edisi September 2011 dan daripada web Story.Motherhood.com

Ummi Aina
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi

No comments:

Post a Comment