Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Thursday, January 24, 2019

Biskut Cornflake Madu


Chef Cilik masuk dapur. Sudah lama tidak makan biskut ini. Resipinya saya ambil dari blog Azie Kitchen. Mudah dan sedap.





Biskut Cornflakes Madu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 50-60 biji )
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.

Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.

Sudukan ke dalam paper cup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. 

Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian



Alhamdulillah.

Ummi Aina
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Petua Dari Dapur Suri

Sumber gambar : pixabay.com

Masyarakat Melayu kita kaya dengan pelbagai petua tradisional. Menariknya ia berkaitan dengan survival nenek moyang kita dahulu yang banyak pengalaman mencari remedi menggunakan bahan yang ada di dapur sahaja.

Maha Hebat Allah menjadikan setiap tumbuhan itu mempunyai khasiat tertentu untuk manusia.

Hasil survey ringkas ummi di kalangan ibu-ibu mendapati ada beberapa amalan yang dibuat oleh mereka berdasarkan petua orang tua terdahulu.

Jom semak!

Demam 

» Jerlum dengan air asam jawa
» Jerlum dengan air dan cuka epal
Or jerlum air + Apple cider vinegar
» Mandi atau lumur badan dengan air rendaman daun bunga mawar (diramas hingga keluar lendirnya)

Selsema 

» Sapu kunyit tumbuk atas hidung

Batuk

» Minum air madu dan sedikit perahan lemon

Angin 

» Makan bawang putih bakar

Asthma 

» Sapu minyak bawang merah (minyak masak + bawang merah tumbuk bersana kulit sekali) 
» Bawang putih juga berfungsi sebagai antibiotik

Rambut

» Bersihkan kepala dengan lendir daun bunga raya.
» Guna minyak kelapa (boleh juga untuk urutan badan)

Inai

» Melindungi kuku dan jari (mesti pernah buat, kan?) :-)

Wangian

» Bawang putih + nilam + daun pandan

Cengkih

» Kumur n bersihkan bau nafas dan gigi
» Serbuknya boleh diletak pada gigi yang sakit untuk kurangkan kesakitan

Luka ringan, gigitan nyamuk, gatal, ruam

» Lumurkan sedikit kunyit

Batuk

» Bunga belimbing buluh. Boleh letak pudina
» Makan ketumbar sungai

Kembung perut

» Sapukan halia dan bawang putih

Sakit perut

» Makan benda yang kelat seperti pinang muda, daun tenggek burung, putat darat
» Perut disapu sirih, pinang kapur atau gambir

Muka

» Wap nasi dan air beras

Pokok 

» Siram air beras

Badan

» Scrub dengan beras pulut dan bunga-bungaan

Perlu disesuaikan mengikut badan. Ada yang ok, ada yang kurang sesuai dengan diri sendiri :-)

Jumpa lagi.

Ummi Aina

Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Monday, January 21, 2019

#TipTasneem 4 : Sup Ayam


Menu ini memang menu yang akan disediakan bila ada ahli keluarga selsema atau demam. Khasiat daripada sup tulang ayam kaya dengan bahan antibakteria dan menguatkan sistem imun badan.

Setiap keluarga pasti ada cara sendiri memasak sup tulang ayam ini. Dan kebiasaannya pasti sup ayam emak sendiri paling sedap :-)

Kadang-kadang saya beralih sedikit. Sahaja mahu mencari kelainan. Dan 2 orang akan menjadi rujukan saya :



Kedua-dua insan ini memang tak lokek berkongsi resipi dan ilmu masakan. Berbaloi cuba. Semua masakan menjadi. Alhamdulillah.

Jumpa lagi.

Ummi Aina

Puding Kastad


Puding ini ada sentimental value bagi ummi. Masa kecil hanya jumpa kuih-muih sebegini waktu istimewa sahaja iaitu bulan Ramadan.

Biasa yang buat puding kastad ni ialah mak long ummi. Seperiuk besar dibuatnya. Maklumlah bila bulan puasa, waktu cuti, ramailah yang balik dan berkumpul waktu ini.

Semua bergotong-royong siapkan hidangan berbuka puasa. Yang kecil-kecil pun ada bahagiannya. Misalnya tolong kopek kulit popia, kupas kentang, tolong gulung popia, buat air dan sebagainya. Seronok!

Masa ini juga dengar mak-mak saudara bercerita dan beri nasihat. Masih melekat di ingatan nasihat mereka ini. Nasihat "simple" tetapi itulah yang sepatutnya ditekankan. 

Biasanya mereka menegur bab adab di meja makan, adab dengan guru dan adab bercakap dengan orang tua.

Barakallahufikum buat mereka :-)

Okey ini resipi yang selalu mak ummi buat.

Puding Kastad

Bahan 

1 tin kastad (tin jadikan sukatan)
1 tin jagung manis
1 3/4 tin gula pasir
5 tin santan perah
Secubit garam

Cara

1. Masukkan kastad, gula dan santan ke dalam periuk.
2. Kacau atas api sederhana selama lebih kurang 45 minit.
3. Masuk jagung. Kacau selama 5-10 minit lagi.
4. Masukkan garam, kacau.
5. Siap angkat dan dimasukkan ke dalam acuan. Sejukkan.

Nyamannya makan waktu sejuk-sejuk. Ada orang suka makan lepas masak :-)

Ummi Aina

Saturday, January 19, 2019

Kek Mentega


Ini ialah resipi ibu mertua adik saya. Memang hampir setiap tahun, Mak Ani akan kirim kek ini kepada mak. Sedap rasanya.


Baru ini sahaja kami berkesempatan untuk buat. Oh ya ini bukan versi gluten free ya :-)

Bahan

2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan mentega
1 cawan gula icing
5 biji telur
2 camca teh mumbung baking powder
2 camca teh esen vanila
4 camca besar susu pekat manis
Kismis 1 genggam (tapi saya selalu juga guna chocolate chip)

Cara

1. Putar gula dan mentega sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, putar selang 2 minit setiap biji.
3. Masukkan tepung dan baking powder. Sebatikan.
4. Masukkan susu, putar.
5. Masukkan esen vanila. Sebatikan. Masukkan kismis atau tabur atas adunan.
6. Bakar pada suhu 180°c selama 25 - 30 minit (bergantung kepada oven).

Selamat mencuba dan semoga berjaya 🌈

Ummi Aina.
Suka baking bila ada masa.

Sunday, January 6, 2019

Hidangan Minum Petang mudah


Santai hujung minggu pertama Januari tahun ini :-) Ummi nak kongsi pencuci mulut yang emak selalu buat.

Biasanya bahan untuk buat puding ni sentiasa ada di rumah. Bila ada acara atau tetamu nak datang, emak akan terus buat dan sejukkan.

Puding Koktel

Bahan A

2 bungkus agar-agar tali
1.5 liter air
2 cawan gula (ikut rasa)

Bahan B

2 tin susu cair ideal
7 sudu besar tepung Kastard
2 biji telur

1 tin buah-buahan koktel
3 sudu besar Sunquick oren / Tropical
Secubit garam

Cara

1. Masakkan bahan A hingga mendidih. Tapis.
2. Blend bahan B.
3. Masukkan B ke dalam A. Masak sebentar.
4. Masukkan buah koktel + airnya, secubit garam dan Sunquick. Kacau sebati. Angkat.
5. Tuang dalam bekas / acuan. Sejukkan.

* Jika suka, boleh gantikan Sunquick dengan serbuk koko dan nescafe (bancuh dahulu dengan sedikit air panas).


Selamat minum petang :-)

Ummi Aina.