Friday, January 18, 2019

It's Jumaah!


Daripada Abdullah bin Amru Al-Asy r.a, ia berkata bahawa Rasulullah sollallahu alaihi wasallam selalu memotong kuku dan misainya setiap hari Jumaat. (Riwayat Al-Baghawi)

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa 2 hal ini termasuk dalam 5 fitrah seorang Muslim :

Lima hal daripada fitrah iaitu khitan, bercukur buku kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur misai. (Muttafaq alaih)


Kita turut dianjurkan membaca Surah Al-Kahfi sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

Barangsiapa membaca Surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul 'Atiq (Sunan Ad-Darimi 3273, An-Nasaie dan Al-Hakim).

Sumber gambar : www.semarakfm.net
Jika tak dapat buat semua, jangan tinggal semua :-)

Ummi Aina.
Facebook : Aina Dayana Hilmi
Instagram : Tip Homeschooling Untuk Anak

No comments:

Post a Comment