Tip Asingkan Tempat Tidur Anak
Sumber gambar : www.everydayhealth.com |
Pada usia berapa anda asingkan tempat tidur anak?
“Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7 tahun, jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud).
Pengalaman kami, ketika anak sulung menginjak 3 tahun lebih dan anak kedua hampir dua tahun, kami mula mengasingkan tempat tidur anak. Memang terlalu awal tetapi kami lakukan lebih awal atas kesedaran harusnya memisahkan tempat tidur ibu ayah dengan anak-anak.
Memasuki anak ketiga dan keempat juga, kami mula letak mereka adik-beradik tidur dalam sebuah bilik yang sama.
Susah tak?
Ya, memang susah nak mulakan. Anak menangis, lari balik ke bilik tidur utama dan sebagainya. Tetapi ini pengalaman kami :
1) Sediakan sebuah bilik yang selesa untuk anak-anak tidur.
2) Sentiasa bercerita kisah keberanian semasa sesi bedtime story.
3) Memaklumkan kepentingan tidur berasingan daripada ibu ayah.
4) Memuji kejayaan-kejayaan kecil anakanda.
5) Jika anak menangis tengah malam, it's okay untuk pujuk dan bawa anak kembali ke tempat tidurnya.
6) Memberitahu bahawa ibu ayah sentiasa ada di bilik. Dan sebenarnya mereka tidak sendirian di bilik mereka. Kan Allah sentiasa ada melihat kita. Perkara ini perlu diulang dan ulang. Mengambil masa untuk anak-anak fahami dan serap di dalam ingatan.
Kini dari anak sekecil 2 tahun ke atas sudah tidur di bilik sendiri. Hanya di awal sahaja kami memantau keadaan dari masa ke semasa. Kini sudah boleh menarik nafas lega.
Ummi Aina,
Masih terus belajar dan belajar jadi ibu bapa yang baik.
No comments:
Post a Comment