Thursday, January 31, 2019

Ajar Anak 6 Perkara Ini Sebelum Pergi Bercuti

Horeyyy.. hujung minggu tiba lagi! Tambah lagi nak cuti raya cina ni, kan? Ada rancangan pergi ke mana-mana?

Sumber gambar : pixabay.com

Ikut pengalaman ummi, ini yang kami buat sebelum siap pergi melancong :

1. Panggil anak-anak. Libatkan mereka dalam merangka perjalanan percutian.

2. Ajar adab bermusafir - lazimi doa keluar rumah, doa naik kenderaan, doa apabila berhenti di sesuatu tempat dan lain-lain.

3. Sentiasa pesan supaya mereka berbaik sesama adik-beradik, berkongsi barang sama-sama dan elak bergaduh.

4. Latih kemas pakaian sendiri. Sediakan beg seorang satu. Tujuannya melatih mereka berdikari dan bertanggungjawab. Bagi anak kecil, mak ayah perlulah pantau ya :-) Ada anak ummi dahulu, habis dibawa permainan legonya. Hehe.

5. Bincang aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang perjalanan dan agihan tugas apabila tiba ke destinasi.

6. Ulang Do and Don'ts walaupun anak dah tahu. Ummi, biasalah kan. Haha.

Apa yang pasti, bagi makan kenyang-kenyang sebelum gerak keluar.

Ummi tambah satu lagi - sapu balm Calm! Nak cegah mereka tantrum. Hehe.

Jumpa lagi.

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

No comments:

Post a Comment