Monday, January 14, 2019

5 Tip Susun Atur Rumah

Tertarik dengan quote ini :

Lelaki itu ibarat seni bina sesebuah rumah dan wanita itu ibarat hiasan dalaman rumah tersebut. - Khairunnisa Hamzah

Puan Khairunnisa Hamzah ialah penulis buku Supermama terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Buku ini antara penggerak awal saya sebelum saya mengambil langkah berehat sebentar daripada dunia pendidikan untuk kembali ke rumah.



Saya sangat suka dengan 5 tip terawal beliau dalam menata rias rumah :

Tip 1 : Bahagikan rumah kepada ruang.

Apabila sesebuah ruang mengikut fungsinya, maka seisi keluarga akan memanfaatkan ruang tersebut.

Jika kita tidak membahagikan rumah kepada ruang-ruang khas, kemungkinan ada ruang digunakan sepenuhnya dan ada ruang yang terabai.

Lagipun ia memudahkan sistem penyimpanan, penstoran dan pencarian semula barang jika berkenaan.

Tip 2 : Bahagikan ruang kepada zon

Ini bertujuan memudahkan kita menyusun, menghias dan menggunakan ruang dalam bilik dengan efisyen.

Ia juga menjamin keselesaan dan kebersihan. Paling 'best', jimat masa untuk mengemas. Hehe.

Tip 3 : Wujudkan sistem stor di setiap zon

Sistem yang lebih baik ialah menggunakan sistem penstiran tertutup sebab lebih kemas dan nampak profesional (dalam hal ini saya teringat Pn Suhaida Sue dengan niche beliau Sue.Suka.Susun. Boleh klik namanya untuk ke Facebook beliau)

Kenapa perlu ada sistem penstoran di setiap zon?

1. Memudahkan penyimpanan barang.
2. Memudahkan pencarian setiap barang.
3. Memudahkan sesiapa sahaja di rumah untuk mengemas semula setiap ruangan kerana sudah ada sistem.

Jadi, tidaklah ibu sahaja penat berkemas di rumah!

Tip 4 : Sediakan bilik untuk anak-anak

Ha.. ini sangat penting. Jika anak tiada ruang khas mereka, pastilah permainan mereka boleh ada di semua lantai ruang. Haha.

Dengan adanya bilik khas untuk mereka, di situlah mereka boleh belajar, bermain dan membaca buku. Ibu ayah pun boleh disiplinkan anak dengan menerapkan tanggungjawab menjaga "wilayah" mereka sendiri.

Tip 5 : Jadikan bilik tidur sebagai "pengecas"

Saya teringat seorang doktor wanita pernah berkata. Ibu yang pertama kali mendapat cahaya mata akan menjadikan bilik tidur utama seperti sebuah nurseri atau stor. Penuh baju dan ubat anak. Huhu.

Saranan Pn Khairunnisa ialah pasangkan lampu samar (kuning), cadar katil yang paling selesa dan gunakan pewangi bilik yang harum.

Semoga ia membantu anda yang sedang mencari idea mengemas dan menyusun atur rumah.

Ummi Aina.

No comments:

Post a Comment