Sunday, January 13, 2019

Resipi Kek Pisang

Kegemaran kami anak-beranak - Kek pisang! Mudah pun mudah juga. Boleh libatkan anak semasa proses memasak.

Sumber gambar : Good To Know

Jom tengok bahan dan cara.

Kek Pisang

Bahan

4 biji pisang saiz sederhana (dilenyek hingga hancur)
3 biji telur
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam

Cara 

1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi. Gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul.
4. Masukkan minyak, kacau adunan hingga sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang. Sebelum itu, loyang disapu sedikit mentega dan dialas dengan kertas minyak atau baking paper.
6. Bakar selama 45 minit suhu 160°c atau sehingga kek masak.

Siap!
Yummy yummy.

* Saya suka cuba resipi ini daripada Majalah Pa Ma.

Ummi Aina,
Teringin masak macam-macam walaupun tak mahir.

No comments:

Post a Comment