Puding ini ada sentimental value bagi ummi. Masa kecil hanya jumpa kuih-muih sebegini waktu istimewa sahaja iaitu bulan Ramadan.
Biasa yang buat puding kastad ni ialah mak long ummi. Seperiuk besar dibuatnya. Maklumlah bila bulan puasa, waktu cuti, ramailah yang balik dan berkumpul waktu ini.
Semua bergotong-royong siapkan hidangan berbuka puasa. Yang kecil-kecil pun ada bahagiannya. Misalnya tolong kopek kulit popia, kupas kentang, tolong gulung popia, buat air dan sebagainya. Seronok!
Masa ini juga dengar mak-mak saudara bercerita dan beri nasihat. Masih melekat di ingatan nasihat mereka ini. Nasihat "simple" tetapi itulah yang sepatutnya ditekankan.
Biasanya mereka menegur bab adab di meja makan, adab dengan guru dan adab bercakap dengan orang tua.
Barakallahufikum buat mereka :-)
Okey ini resipi yang selalu mak ummi buat.
Puding Kastad
Bahan
1 tin kastad (tin jadikan sukatan)
1 tin jagung manis
1 3/4 tin gula pasir
5 tin santan perah
Secubit garam
Cara
1. Masukkan kastad, gula dan santan ke dalam periuk.
2. Kacau atas api sederhana selama lebih kurang 45 minit.
3. Masuk jagung. Kacau selama 5-10 minit lagi.
4. Masukkan garam, kacau.
5. Siap angkat dan dimasukkan ke dalam acuan. Sejukkan.
Nyamannya makan waktu sejuk-sejuk. Ada orang suka makan lepas masak :-)
Ummi Aina
No comments:
Post a Comment