Showing posts with label Catatan harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan harian. Show all posts

Thursday, January 31, 2019

Rezeki hari Closing

Alhamdulillah petang tadi stok sampai, terus packing untuk dihantar ke tuan baru.

Memang ada masa ummi dapat pembeli yang nak COD sahaja. Ada rezeki petang ini.


1 Skeenz untuk seorang ibu yang ada masalah alergik. Ya dia sendiri guna bukan untuk anak.

1 Skeenz lagi untuk seorang ibu yang ada masalah kulit pada kaki. Mungkin kulit kering dan mudah terluka. Semoga serasi dengannya.

1 set lagi - Skeenz dan T-rub untuk ibu dalam pantang. Tak jauh pun, ummi COD sebelah rumah je ;)


Wah, habis licin stok ummi. Subhanallah. Jangan risau, ummi restock nanti. Siapa nak COD bokeh je hubungi nombor di bawah tau.

Jumpa lagi.

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Allah tu pemarah ke, ustazah?

Sumber gambar : pixabay.com

Kelas mengaji hari ini bermula dengan lancar. Anak-anak nampaknya ramai datang tepat pada masanya. Yalah, biasanya mereka sampai lewat. Ada yang baru tiba selepas 50 minit kelas bermula. 

Semasa ummi sedang ajar mengaji, memang biasa ada dua, tiga orang anak murid akan duduk sebelah melihat kawan mereka mengaji. Namun hari ini ada sedikit kelainan. Bertanya seorang anak perempuan kecil kepada ummi. Dia baru masuk tadika tahun ini.

"Ustazah, Allah tu garang ke?"

Terangkat kening ummi. Kenapa tanya begitu? Mulanya dia diam. Bagai menyusun ayat untuk bercakap seterusnya.

"Yelah, kat sekolah cikgu selalu kata. Jangan tolak kawan, berdosa. Allah marah! Kalau nak makan kan, cikgu cakap lagi. Jangan bercakap masa makan. Nanti Allah marah."

Alamak, giliran ummi pula terdiam.

Niat cikgu itu sudah baik sebenarnya mahu mengajar anak-anak ini beradab tetapi pemilihan ayat itu kurang sesuai dan anak jadi salah faham. Allah.. sesungguhnya ini juga peringatan buat ummi supaya hati-hati dalam memilih perkataan. 

Apa ummi nak jawab ni?

"Anak, Allah tu Maha Penyayang. Allah sayang kita semua. Allah hanya marah kepada orang yang syirik kepada-Nya dan tak dengar perintah-Nya.

Cikgu pun niat baik sebenarnya. Waktu makan, elok kita makan supaya tak tersedak. Sebab tu cikgu tak bagi bercakap semasa makan. Nanti kamu dah sudah makan, baru kamu bersembang dengan kawan semula ye.

Kalau tolak kawan pula. Apa jadi kalau kamu tolak kawan? Dia akan jatuh, kan? Cikgu cuma tak mahu ada yang luka, patah tangan atau tercalar pada badan. Nanti sakit. Kena bawa ke klinik. Dah tak boleh sekolah. Kena cuti. Jadi, faham tak kenapa cikgu tak bagi tolak kawan?

Allah sayang kita sebab itu Allah suruh kita beradab dengan kawan dan semasa makan."

Anak kecil itu menganggukkan kepala. Semoga dia faham.

Ummi pula termenung memikirkan kejadian ini. Ini juga satu bentuk tarbiah yang Allah mahu tunjuk kepada ummi hari ini. Alhamdulillah.

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak


COD balm Tasneem


Siapalah yang bertuah dan menjadi tuan baru balm-balm ini ya? Insya Allah, ummi boleh COD di Melaka Tengah.

Dan caj COD bergantung pada kawasan :-)

Sejak Tasneem masuk iklan di TV9 semalam, ramai orang mula peka dengan balm Tasneem. Mana tidaknya ada tawaran menarik dapatkan balm percuma!

Boleh rujuk sini macam mana nak dapat balm percuma. Isi tau maklumat tu. Mana tahu rezeki anda dapat balm.

Jumpa lagi.

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Wednesday, January 30, 2019

Baby Balm Ummi

Ini anak keempat ummi. Dialah baby balm Ummi sebab dari awal kenal Tasneem memang pakaikan pada dia.
Mula-mula dahulu, sapukan Sleep. Tapi hairan, makin aktif pula. Rupanya ada beberapa perkara terlepas pandang. Nak tau kenapa?

» Anak dah tidur terlalu lama pada waktu siang. Memang padanlah banyak tenaga waktu malam. Hehe.

» Pola makan. Kadang-kadang termakan coklat, aiskrim atau jajan. Huhu. Kandungan gula dalam makanan inilah jadi trigger untuk dia aktif.

Ya, balm Sleep bukan ubat tidur tau. Ia hanya bahan berasaskan minyak pati tumbuhan yang dimasak.

Jadi ummi pun mula atur tidur anak dengan lebih baik. Boleh rujuk sini pasal Tidur.

Lebih empat minggu juga barulah balm Sleep berkesan untuknya. Haha.

Tapi rupanya bila sapu Calm, dia boleh lena tidur! Masya Allah. Kalau tahu, awal-awal dah sapu. Haha. Boleh baca pasal Calm juga di sini.

Sekarang pandai pakai sendiri dah. Tapi awas, tak boleh tinggalkan dia seorang pakai balm. Mahu disapu juga pada bantal dan teddy bear.

Eh, ada yang nak cuba juga? Sekarang ada offer Set Sweet Dream. Siap ada diskaun 10% dan kita bagi jigsaw puzzle Omar Hana percuma untuk anak-anak main.

Offer sampai esok je tau. 31/1/2019.

Cepat-cepat WhatsApp ummi :

www.wasap.my/60133613516/Nak-promo-Jan

Jumpa lagi!

Ummi Aina.

Friday, January 25, 2019

Every moment is a fresh beginning


Indeed!

Dan saya selalu tertarik dengan kata-kata ini :

 "Working hard for something we don't care about is called stressed; working hard for something we love is called passion." -Simon Sinek

Niat kerana Allah
Buat senarai TO DO LIST
Selesaikan satu-persatu

Jika penat, rehat sebentar. 
Tarik nafas dan sambung semula kerja.

Jangan biar stres makan diri ;)

Selamat pagi semua.

Ummi Aina
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi

Wednesday, January 23, 2019

Cabaran Menyusukan Anak

Melihat kawan-kawan yang masih menyusu anak dan bekerja, saya salute dengan semangat mereka mengepam susu mengikut jadual mereka. Ia rutin yang dilakukan setiap hari tanpa jemu. Malah kagum dengan kegigihan mereka menyusukan anak dengan susu ibu sahaja.

Teringat semasa saya bekerja dahulu. Saya banyak bertanya rakan yang berpengalaman, membaca buku, artikel dan merujuk doktor.

Ada ketikanya susu meriah, ada ketikanya susu merudum teruk.

Cabaran bagi saya ialah :

1) Waktu pengepaman - perlu adjust dengan jadual waktu. Kadang-kadang balik sekolah baru dapat pam. Banyak kelas ganti (guru lain berkursus, cuti sakit, ada urusan rasmi dan lain-lain).

2) Letih - Balik rumah memang jadual pam selalu sahaja terganggu. Nak buat kerja rumah, nak steril alatan pam, kerenah anak... (tak baik mengeluh!)

3) Susu kurang! - Oh, puncanya ialah saya kurang minum air masak dan sangat letih akibat tak cukup rehat. Jadi ibu-ibu, cuba minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

4) Pam rosak - Huhu....ini yang tak tahan. Mujur saya boleh perah guna tangan. Tapi masih tidak boleh kejar target..

Semangat memang jatuh bila susu yang dipam tidak banyak seperti biasa. Di sini, saya percaya kuasa minda boleh mempengaruhi tindakan. Terpaksalah bina semula motivasi dengan carian google, tanya kawan, membaca.... 


Macam-macam petua banyakkan susu saya dapat. Ini yang saya amal / pernah cuba buat beberapa lama. (Kini tak buat lagi sebab saya sudah sepenuh masa berada di rumah).

1) Makan lobak putih.
2) Makan sayuran hijau - bayam, sawi
3) Minum air longan kering beli di kedai sei sei, biasanya ada - (air mata kucing rupanya! Apalah saya ni..longan ni nama saintifik ",)
4) Minum jus pegaga.

Semoga kawan-kawan diberi kesihatan dan semangat untuk terus menyusukan anak. Bagi yang tidak dapat, jangan sedih tau. Allah tak bebankan kita di luar kemampuan kita. Yang penting semoga anak-anak sihat dan membesar dengan ceria.

Jumpa lagi.


Ummi Aina.

Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Friday, January 18, 2019

Sedekah pembuka rezeki


Bab sedekah ini saya teringat 3 perkara :

Pertama, buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Pertama kali berjumpa dengan beliau dan isteri semasa mengikuti sebuah kursus penulisan di ibu negara pada awal tahun penerbitan buku ini. Bukunya nampak simple tetapi ditulis dari hati dan ikhlas. Ia sampai ke hati pembaca juga. Tak hairan jadi best seller.

Kedua, seorang rakan mengingatkan tentang sedekah Subuh dengan penuh semangat bertahun lalu. Dan beliau sangat istiqamah dengan amalan tersebut. 

Ketiga, membaca sebuah kisah anak muda dari Kelantan. Dari asalnya budak pemungut sampah kepada jutawan muda dalam masa setahun. Allahu akbar!

Semuanya asbab sedekah juga. Yang membuka jalan kepada rezeki lain. Allah's will. Subhanallah.

#balmbalmkananakmu
#TasneemRangers2019
#tnrangers2019

Ummi Aina
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi
Instagram : Tip Homeschooling Untuk Anak

It's Jumaah!


Daripada Abdullah bin Amru Al-Asy r.a, ia berkata bahawa Rasulullah sollallahu alaihi wasallam selalu memotong kuku dan misainya setiap hari Jumaat. (Riwayat Al-Baghawi)

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa 2 hal ini termasuk dalam 5 fitrah seorang Muslim :

Lima hal daripada fitrah iaitu khitan, bercukur buku kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur misai. (Muttafaq alaih)


Kita turut dianjurkan membaca Surah Al-Kahfi sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

Barangsiapa membaca Surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul 'Atiq (Sunan Ad-Darimi 3273, An-Nasaie dan Al-Hakim).

Sumber gambar : www.semarakfm.net
Jika tak dapat buat semua, jangan tinggal semua :-)

Ummi Aina.
Facebook : Aina Dayana Hilmi
Instagram : Tip Homeschooling Untuk Anak

Bakar kalori tanpa kos

Sumber gambar : Telegram Sihat Milikku

Tak ada masa nak bersenam? Turun naik tangga atau pergi brisk walk pun dah OK sangat :-)

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu , beliau berkata, Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh Azza wa Jalla daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allâh (dalam segala urusanmu) serta janganlah sekali-kali engkau merasa lemah. Apabila engkau tertimpa musibah, janganlah engkau berkata, Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini dan begitu, tetapi katakanlah, Ini telah ditakdirkan Allâh, dan Allâh berbuat apa saja yang Dia kehendaki, karena ucapan seandainya akan membuka (pintu) perbuatan syaitan. (Hadis riwayat Muslim)

+++++

Psst... boleh sapu Calm time dahulu sebelum keluar bersenam ;)

Ummi Aina.
Facebook : Aina Dayana Hilmi
Instagram : Tip Homeschooling Untuk Anak 

Tuesday, January 15, 2019

Sarapan apa pagi ini?

Anak-anak dah ke sekolah. Suami pun sudah beredar ke tempat kerja. Ummi yang tinggal di rumah ini dapatlah selesaikan pekerjaan yang berbaki.

Sudah mengaji, baca zikir pagi dan membaca sedikit.

Sambung pula dengan kerja rumah - mengemas dapur, mendobi, sidai baju, lipat baju, mengemop rumah dan bersiap untuk masak lauk tengahari.

Dulu-dulu masa sekolah, emak rajin sediakan bekalan ke sekolah. Masa beredar, memasuki kolej matrikulasi ummi banyak minum air soya dalam kotak dan kadang-kadang Nestum 3 in 1 yang mana rupanya ia adalah makanan yang tidak sihat. Hee..

Ini kerana kajian mendapati kebanyakan produk bijirin mengandungi 40% gula lebih tinggi! Kebanyakan produk mengandungi lebih 15g gula dalam setiap 100g. Jika kita mengambilnya setiap hari, bermakna setiap tahun, sebanyak lebih 4.5 kg gula telah kita ambil. Menyeramkan!

Jadi tak salah pun jika kita bersarapan dengan buah-buahan. Tertarik dengan khasiat buah epal hijau yang ditulis oleh Dr Zubaidi.

Sumber gambar : pixabay.com


Di dalam epal hijau, kandungan nutrisinya tinggi merangkumi :

» Zat besi
» Magnesium
» Potassium
» Kalsium
» Sodium
» Vitamin C
» Vitamin A
» Vitamin B
» dan serat mudah larut

Antara manfaat buah epal hijau ialah :

# tinggi kandungan vitamin C. Digalakkan makan kulitnya sekali kerama di situlah terletaknya nutrisi yang tinggi.

# Zat masam epal berperanan membersihkan tubuh tetapi berhati-hati bagi pesakit gastrik.

# Menghalang pembinaan plak kolestrol dalam dinding salur darah dan mengurangkan risiko sakit jantung.

# Menguatkan fungsi paru-paru. Maka kekerapan diserang asthma boleh dikurangkan.

# Menambah mineral pada tulang.

# Membantu mengekalkan berat badan. (Wah, ini yang suka ni! ;))

# Mengurangkan risiko penyakit barah.

Selepas ini bolehlah masukkan dalam hidangan sehari di rumah. Hidup sihat dan ceria!

Ummi Aina

Monday, January 14, 2019

5 Tip Susun Atur Rumah

Tertarik dengan quote ini :

Lelaki itu ibarat seni bina sesebuah rumah dan wanita itu ibarat hiasan dalaman rumah tersebut. - Khairunnisa Hamzah

Puan Khairunnisa Hamzah ialah penulis buku Supermama terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Buku ini antara penggerak awal saya sebelum saya mengambil langkah berehat sebentar daripada dunia pendidikan untuk kembali ke rumah.



Saya sangat suka dengan 5 tip terawal beliau dalam menata rias rumah :

Tip 1 : Bahagikan rumah kepada ruang.

Apabila sesebuah ruang mengikut fungsinya, maka seisi keluarga akan memanfaatkan ruang tersebut.

Jika kita tidak membahagikan rumah kepada ruang-ruang khas, kemungkinan ada ruang digunakan sepenuhnya dan ada ruang yang terabai.

Lagipun ia memudahkan sistem penyimpanan, penstoran dan pencarian semula barang jika berkenaan.

Tip 2 : Bahagikan ruang kepada zon

Ini bertujuan memudahkan kita menyusun, menghias dan menggunakan ruang dalam bilik dengan efisyen.

Ia juga menjamin keselesaan dan kebersihan. Paling 'best', jimat masa untuk mengemas. Hehe.

Tip 3 : Wujudkan sistem stor di setiap zon

Sistem yang lebih baik ialah menggunakan sistem penstiran tertutup sebab lebih kemas dan nampak profesional (dalam hal ini saya teringat Pn Suhaida Sue dengan niche beliau Sue.Suka.Susun. Boleh klik namanya untuk ke Facebook beliau)

Kenapa perlu ada sistem penstoran di setiap zon?

1. Memudahkan penyimpanan barang.
2. Memudahkan pencarian setiap barang.
3. Memudahkan sesiapa sahaja di rumah untuk mengemas semula setiap ruangan kerana sudah ada sistem.

Jadi, tidaklah ibu sahaja penat berkemas di rumah!

Tip 4 : Sediakan bilik untuk anak-anak

Ha.. ini sangat penting. Jika anak tiada ruang khas mereka, pastilah permainan mereka boleh ada di semua lantai ruang. Haha.

Dengan adanya bilik khas untuk mereka, di situlah mereka boleh belajar, bermain dan membaca buku. Ibu ayah pun boleh disiplinkan anak dengan menerapkan tanggungjawab menjaga "wilayah" mereka sendiri.

Tip 5 : Jadikan bilik tidur sebagai "pengecas"

Saya teringat seorang doktor wanita pernah berkata. Ibu yang pertama kali mendapat cahaya mata akan menjadikan bilik tidur utama seperti sebuah nurseri atau stor. Penuh baju dan ubat anak. Huhu.

Saranan Pn Khairunnisa ialah pasangkan lampu samar (kuning), cadar katil yang paling selesa dan gunakan pewangi bilik yang harum.

Semoga ia membantu anda yang sedang mencari idea mengemas dan menyusun atur rumah.

Ummi Aina.

Friday, January 11, 2019

Anak yang aktif


Kelas al-Quran kami mempunyai ramai anak kecil sekitar 4 ke 6 tahun. Faham-faham sahajalah suasananya bagaimana. Adakalanya tidak terkawal juga :) 

Terjumpa gambar lama. Anak kecil yang comel ini sangat aktif dan suka tersengih. Kini sudah masuk darjah 5. Teringat suatu waktu dahulu, ketika kelas mengaji masih beroperasi di rumah mertua, dia antara anak yang konsisten datang mengaji.

Suatu hari dia asyik berlari-lari sedangkan giliran mengajinya telah tiba.

"Amirin, mari sini mengaji," kata saya. Dia masih berlari sehingga dipanggil oleh kakaknya.

Dia duduk dengan mata melihat kiri dan kanan. Badannya juga tidak menghadap saya. "Amirin, nak tahu satu rahsia tak?". Dia sengih sahaja. "Allah sayang orang yang mengaji al-Quran. Allah bagi pahala yang banyak bagi orang yang rajin mengaji. Amiri suka tak Allah sayang Amiri?". Dia tidak menjawab soalan saya sebaliknya terus membaca "a ba a". Eh..baca bismillah dahulu..ish ish ish..

Selesai mengaji terus dia berkata, "Banyak kan pahala Amirin hari ni?" Subhanallah. Saya ingatkan dia tak dengar  apa yang saya katakan tadi. 



Moga kamu jadi anak yang soleh ya.

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Wednesday, January 2, 2019

Emak saya dan balm Tasneem

بسم الله الرحمن الرحيم


Suatu hari, mak tanya. "Ada flyers tak? Bagi mak sikit. Tadi mak pergi belajar. Ada sorang ibu muda tu bawa baby kecil. Kesian anaknya selsema. Mak bagilah pakai CF-rub."

Saya mendengar dengan minat. Mak bila bercerita memang bersungguh.

"Lepas tu dia tanya, ni apa makcik? Mak katalah balm baby. Tapi makcik pakai je. Ibu tu macam berminat tapi sayangnya mak tak ada maklumat lain nak bagi."

Haha. Mak saya bab soft selling memang bagi pada dia. Walaupun mak tak tau pun apa-apa pasal soft selling ke copy writing dan lain-lain tu. 

Saya pula masih malu nak bercakap secara langsung. Hee. 

Ummi Aina,
Kena pecahkan tembok malu.

######

Nak order balm boleh tekan sini ya (",)

Tuesday, January 1, 2019

Origami bunga

Hari ini cuti umum, kan? Jom buat aktiviti dengan anak-anak. Kami biasanya memilih origami. Jadi hari ini nak kongsi cara buat bunga daripada kertas.

Origami bunga ini boleh digunakan sebagai hiasan pada kad ucapan atau dilekatkan sebagai hiasan kelas. Boleh juga diajar dalam kelas Pendidikan Seni Visual atau aktiviti persatuan. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kertas warna, gam atau selotep.


(1) Sediakan 8 keping kertas warna berukuran segi empat sama (square). Boleh gunakan 1 warna sahaja atau kombinasi pelbagai warna. Untuk hiasan pada kad ucapan saiz kertas yang 'cantik' ialah 3 x 3 cm.



(2) Lipat kertas menjadi bentuk segitiga dan buka semula.


(3) Ambil bucu atas dan lipat ke garisan tengah membentuk segitiga kecil. Buat kedua-dua bucu. Pastikan lipatan tidak bertindih.



(4) Pusingkan kertas tersebut.


(5) Lipat separuh kaki kertas ini menjadi seperti gambar di atas.



(6) Buat lagi 7 keping kertas seperti ini untuk dibuat kelopak bunga. Kemudian, selitkan kertas kedua ke dalam ruang di antara kertas pertama. Proses berterusan sehingga kelopak yang ke-8. Kelopak ke-8 diselitkan ke dalam kelopak pertama tadi.



(7) Maka, jadilah seperti gambar di atas :) Anda boleh gam atau selotep bahagian belakang bunga sekiranya bunga anda longgar.


Selamat mencuba. 

Ummi Aina,
Suka buat origami tapi sekarang macam tak cukup masa.

Nak order balm? WhatsApp terus tau :-)

2019 - Tahun memperbaiki diri


Bertambah lagi setahun umur kita. Bagi yang mempunyai anak, kita sebagai ibu ayah harus terus muhasabh diri. Untuk apa Allah memberi kita anak? 

Sebagai amanah.
Ya.

Untuk mendapat anak yang soleh, kita terlebih harus menjadi soleh. Asbab mereka menjadi solehlah baru mereka akan mendoakan kita. Setuju?

Ustaz Muhammad Fauzil Adhim di dalam bukunya Segenggam Iman Anak Kita menukilkan :

Ada 3 bekal yang perlu kita miliki dalam mengasuh anak-anak kita :

1⃣ Rasa takut terhadap masa depan mereka.
2⃣ Taqwa kepada Allah.
3⃣ Berbicara dengan perkataan yang benar (qaulan sadidan ~ Surah Al-Ahzab ayat 70 - 71)

Ayuh, berlumba menjadi ibu ayah soleh!

Ummi Aina.

Monday, October 29, 2018

Beautiful Monday

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ  


Semoga hari ini lebih baik daripada semalam :-)

Ummi Aina.
www.wasap.my/60133613516/Saya-nak-Tasneem-balm

Tuesday, October 2, 2018

Anak pun pandai sapu balm sendiri


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Ummi nak sapu balm kt adik ke?
Haah.
Meh abang ngah sapukan eh?
Err.. ok.

+++

Terharu pula tengok scene ni. Si adik pun reda je abang sapukan balm 😉 Terima kasih abang ngah.

Si adik pakai balm hijau (Calm Time) pun dah boleh lena. Tak payah sapu balm Sleep dah.


Dalam Calm Time balm ada eo Mandarin yang salah satunya berfungsi membantu merawat insomnia.

Dan Calm Time memang all time favourite kami sekeluarga 😍

Ummi Aina.
www.wasap.my/60133613516/Saya-nak-Tasneem-balm