Pagi tadi selepas mandi, anak capai beg balm Tasneem. Memang mereka dah tahu nak sapu balm apa selepas mandi. Biasanya kami gunakan Calm Time.
Ternampak balm Skeenz yang anak pegang. Teringat apa yang menimpa seorang anak buah sebelum ini. Umurnya tak sampai setahun waktu itu.
Sumber gambar : Pinterest |
Dia terkena ruam lampin yang agak teruk. Kasihan sangat. Merah macam kulit udang yang dibakar. Menangis sahaja.
Kasihan juga maknya. Ulang-alik ke klinik dapatkan rawatan. Akhirnya kami cuba sapukan balm Skeenz. Subhanallah tak sampai 3 hari, hilang sakitnya dan ruam lampin sembuh. Alhamdulillah.
Barulah nampak anak buah ini ceria. Kalau tidak dia nampak fobia untuk pakai pampers.
Waktu itu, subhanallah. Saya semakin yakin bahawa minyak pati tumbuhan yang Allah jadikan ini memang berkhasiat untuk kegunaan manusia.
Tinggal lagi, kita kena berusaha menjadikannya sesuatu yang bermanfaat buat semua.
Nak tahu lebih lanjut pasal Skeenz? Jemput baca entri ini :
Nak order atau bertanya lanjut tentang Skeenz pun boleh :-)
Ummi Aina
No comments:
Post a Comment