Saturday, January 19, 2019

Kek Mentega


Ini ialah resipi ibu mertua adik saya. Memang hampir setiap tahun, Mak Ani akan kirim kek ini kepada mak. Sedap rasanya.


Baru ini sahaja kami berkesempatan untuk buat. Oh ya ini bukan versi gluten free ya :-)

Bahan

2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan mentega
1 cawan gula icing
5 biji telur
2 camca teh mumbung baking powder
2 camca teh esen vanila
4 camca besar susu pekat manis
Kismis 1 genggam (tapi saya selalu juga guna chocolate chip)

Cara

1. Putar gula dan mentega sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, putar selang 2 minit setiap biji.
3. Masukkan tepung dan baking powder. Sebatikan.
4. Masukkan susu, putar.
5. Masukkan esen vanila. Sebatikan. Masukkan kismis atau tabur atas adunan.
6. Bakar pada suhu 180°c selama 25 - 30 minit (bergantung kepada oven).

Selamat mencuba dan semoga berjaya 🌈

Ummi Aina.
Suka baking bila ada masa.

No comments:

Post a Comment