Friday, January 4, 2019

Resipi Mudah Roti John Sardin

بسم الله الرحمن الرحيم


Sedikit masa dahulu, pernah ada kegemaran memakan roti john. Tapi ummi ni sejenis yang tak suka sangat dengan mayonis dan sos yang berlebihan. Tekak rasa sakit.

Tak lama kemudian, dapat tahu ada staf yang memang berniaga roti john di luar. Wah, tempah dengan dia sahajalah. Boleh request tak mo sos. Sedap!

Kakak tu pun tak lokek berkongsi ilmu. Dia bagi sahaja resipinya. Oh ho, mudah rupanya. Tapi selepas ada anak, kegemaran makan roti john ditinggalkan sekejap. Entah kenapa.

Tahun ini anak-anak mula bersekolah. Suami pun jenis bawa bekal ke tempat kerja. Maka ummi pun mulalah mencari semula mana-mana resipi mudah on the go. Ho ho.

Ha, ini ummi jumpa dalam buku resipi Idea Bekal Bento Ke Sekolah Menu Asia. Ada resipi Roti John Sardin. (Tiba-tiba teringat #sardinetomatosauce Kak Norhazirah. Yummy!)

ROTI JOHN SARDIN

BAHAN-BAHAN 

2 keping roti sosej
1 ketul ikan sardin (dihancurkan)
1/2 labu bawang holland (dipotong dadu)
1 tangkai daun bawang (dihiris halus)
1/4 sudu teh garam
2 biji telur (dipukul)
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu makan minyak 

CARA-CARA

1. Belah roti sosej kepada dua bahagian.
2. Masukkan semua bahan kecuali roti dan minyak ke dalam mangkuk. Gaul rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali non stick.
4. Tuang separuh campuran sardin ke dalam kuali.
5. Letak roti dan masak hingga telur dan roti masak bersama. Ulang proses untuk roti kedua.
6. Angkat dan hiaskan.

Alhamdulillah. Biasanya kami buat banyak. Mana cukup dua biji roti je ;)

Selamat mencuba!

* Psst...tak ada gambar sebab selalu tak sempat snap. Bila-bila buat ummi update la ye. Insya Allah :-)

Ummi Aina

No comments:

Post a Comment