Friday, January 18, 2019

Sedekah pembuka rezeki


Bab sedekah ini saya teringat 3 perkara :

Pertama, buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Pertama kali berjumpa dengan beliau dan isteri semasa mengikuti sebuah kursus penulisan di ibu negara pada awal tahun penerbitan buku ini. Bukunya nampak simple tetapi ditulis dari hati dan ikhlas. Ia sampai ke hati pembaca juga. Tak hairan jadi best seller.

Kedua, seorang rakan mengingatkan tentang sedekah Subuh dengan penuh semangat bertahun lalu. Dan beliau sangat istiqamah dengan amalan tersebut. 

Ketiga, membaca sebuah kisah anak muda dari Kelantan. Dari asalnya budak pemungut sampah kepada jutawan muda dalam masa setahun. Allahu akbar!

Semuanya asbab sedekah juga. Yang membuka jalan kepada rezeki lain. Allah's will. Subhanallah.

#balmbalmkananakmu
#TasneemRangers2019
#tnrangers2019

Ummi Aina
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi
Instagram : Tip Homeschooling Untuk Anak

No comments:

Post a Comment