Sebelum ini, nama-nama minyak pati tumbuhan memang langsung tiada dalam kamus ummi. Tak pernah ambil tahu.
Tapi kan, apabila pertama kali ummi minum air rebusan serai. Ummi jadi takjub Subhanallah. Lagi-lagi apabila diberitahu khasiat minum air tersebut. Sejak itu ummi baru mula mencari bacaan tentang minyak pati tumbuhan.
Terselit rasa kagum dengan luasnya ilmu Allah dan hebatnya nenek moyang kita mempunyai ratusan jenis petua dengan hanya menggunakan sumber alam. Apatah lagi ia adalah bahan yang mudah diperolehi dari dapur rumah sahaja.
Apabila ada balm dikeluarkan oleh Tasneem Naturel, ummi perhatikan isi kandungan setiap satu. Oh, ada halia, serai, lemon, oren dan lain-lain. Fungsi setiap satu bermanfaat untuk sesetengah remedi.
Boleh klik nama balm untuk kenali balm-balm ini.
Sleep balm |
Calm Time |
CF-rub balm |
T-rub balm |
Skeenz balm |
Jumpa lagi.
Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak
No comments:
Post a Comment