Thursday, April 25, 2019

Berpindah ke "rumah" baru

Assalamualaikum semua, 

Saya telah "berpindah" ke web baru mulai Februari 2019. Jemput ke ainadayana.com ya :)


Jumpa di sana!

Thursday, January 31, 2019

Peraduan #kakigores Tasneem!

Hai semua! 😋

Mana yang dah beli balm Tasneem Naturel tu jangan buang tau kotaknya.


Pada kotak ada pelekat hologram. HQ Tasneem ada buat cabutan bertuah lagi! Yang mana melepas bulan lalu dah boleh siap sedia sekarang.


Hadiah cabutan bertuah pun lumayan belaka. Rugi kalau lepaskan peluang ni. Jadi, cepat-cepatlah scan hologram pada kotak masing-masing tu.

Peraduan #kakigores Tasneem Naturel kembali lagi!

10 hadiah menarik untuk dimenangi!

» Ada Stroller Baby Throne yang boleh galas macam handbag je untuk travel

» Ada Autumnz Baby Food Processor

» Ergobaby Carrier

» Car seat

» Breast Pump

» Nursing Bag & play mat! 

Alaaa bestnyaaaa 😍😍😍 

Macam mana nak sertai? Ikut sahaja syarat-syarat ini :

1. Beli mana-mana produk Tasneem Naturel.
2. Gores pelekat hologram untuk mendapatkan kod unik.
3. Scan QR Code menggunakan *Apps QR Code Scanner* atau Apps Facebook (sila search QR Code).
4. Masukkan maklumat diri beserta code unik yang telah digores.
5. Hantar penyertaan anda!
.
Tunggu apa lagi? Cepatlah sertai Peraduan #kakigores sekarang!  😍😍😍

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Rezeki hari Closing

Alhamdulillah petang tadi stok sampai, terus packing untuk dihantar ke tuan baru.

Memang ada masa ummi dapat pembeli yang nak COD sahaja. Ada rezeki petang ini.


1 Skeenz untuk seorang ibu yang ada masalah alergik. Ya dia sendiri guna bukan untuk anak.

1 Skeenz lagi untuk seorang ibu yang ada masalah kulit pada kaki. Mungkin kulit kering dan mudah terluka. Semoga serasi dengannya.

1 set lagi - Skeenz dan T-rub untuk ibu dalam pantang. Tak jauh pun, ummi COD sebelah rumah je ;)


Wah, habis licin stok ummi. Subhanallah. Jangan risau, ummi restock nanti. Siapa nak COD bokeh je hubungi nombor di bawah tau.

Jumpa lagi.

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Set Sweet Dream dan Pillow Mist

Alhamdulillah, fresh from oven. Ummi baru dapat maklum balas ini dari seorang ibu yang beli Set Sweet Dream minggu lepas.




Dia bertuah dapat free gift Pillow Mist. Itu stok terakhir ummi sempena pelancaran balm Tasneem x Omar Hana ;)

Ini set yang ummi hantar pada dia minggu lepas

Ibu ini baru bersalin tetapi sudah lebih sebulanlah usia bayinya. Si kecil ini nampaknya sudah mula berjaga malam dan menangis. Risaulah jadinya. 

Lalu ibu ini ikhtiar dengan Set Sweet Dream. Alhamdulillah, ianya berkesan. Lagi-lagi dengan Pillow Mist.

Best kan Pillow Mist ni? Maklum balas ibu lain pun menggembirakan :-)




Set Sweet Dream ini memang membantu insya Allah. Dan seperti biasa, ummi bagi diskaun 10% jika beli 2 balm ke atas. Dan ada tambahan free gift dari ummi.


Jom siapa nak cuba set ini, boleh hubungi ummi di nombor di bawah. Jumpa lagi!

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Anak mengadu masalah. Ini yang ibu ayah perlu lakukan

Sumber gambar : pixabay.com

Setiap hari, ibu pasti menghadap pelbagai ragam anak-anak. Pulang dari sekolah, pasti tak berhenti mulut anak berceloteh. Jangan marah tau. Layankan sahaja ;)

Ini nasihat Pn Yasmin Sari yang sangat saya ambil berat sejak tahu. 6 tindakan yang patut ibu ayah buat apabila anak mengadu masalah :

☑ RESPON dengan serius dan segera.
☑ Biar anak meluahkan, jangan cepat beri solusi.
☑ One to one session.
☑ Penuhi tangki emosi.
☑ Eye contact, eye level.
☑ Dengar dengan hati.

Biar pun anak-anak sudah besar jangan abaikan perasaan mereka. Jangan anggap semua aduan mereka remeh. Jadilah ibu bapa yang baik. Dengarkan masalah mereka. Sesungguhnya anak melihat apa yang kita buat.

Jumpa lagi.

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

6 Nasihat Kepada Anak

Sumber gambar : pixabay.com

Jadual anak kita yang bersekolah sehari-hari memang padat. Namun sebagai ibu ayah kita perlu juga memantau jadual harian dan mengambil tahu emosi mereka.

Ambillah info ini sebagai tambahan supaya masa mereka dapat digunakan sebaiknya.

1) Membaca
- Masa yang paling tepat untuk menghafaz ialah sebelum maghrib dan sebelum subuh.

2) Riadah
- Masa terbaik beriadah ialah selepas subuh dan asar.

3) Membaca berita
- Peka dengan perkembangan semasa kerana diri kita harus menjadi agen perubahan untuk memperbaiki masyarakat. Masa yang sesuai ialah ketika rehat untuk makan siang atau makan malam.

4) Beribadah
- Masa terbaik ialah pada waktu tengah malam apabila semua orang masih tidur.

5) Bergaul dengan manusia
- bertujuan melatih kepakaran berkomunikasi dan sikap empati. Luangkan masa beberapa jam pada waktu tengah hari menyantuni orang.

6) Berhibur [dengan perkara halal] seperti menonton cerita, bersiar-siar atau melakukan hobi.

* Info ini diperolehi dari buku Ikon Syabab tulisan Ustaz Umar Muhammad Noor.

Jumpa lagi.


Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Allah tu pemarah ke, ustazah?

Sumber gambar : pixabay.com

Kelas mengaji hari ini bermula dengan lancar. Anak-anak nampaknya ramai datang tepat pada masanya. Yalah, biasanya mereka sampai lewat. Ada yang baru tiba selepas 50 minit kelas bermula. 

Semasa ummi sedang ajar mengaji, memang biasa ada dua, tiga orang anak murid akan duduk sebelah melihat kawan mereka mengaji. Namun hari ini ada sedikit kelainan. Bertanya seorang anak perempuan kecil kepada ummi. Dia baru masuk tadika tahun ini.

"Ustazah, Allah tu garang ke?"

Terangkat kening ummi. Kenapa tanya begitu? Mulanya dia diam. Bagai menyusun ayat untuk bercakap seterusnya.

"Yelah, kat sekolah cikgu selalu kata. Jangan tolak kawan, berdosa. Allah marah! Kalau nak makan kan, cikgu cakap lagi. Jangan bercakap masa makan. Nanti Allah marah."

Alamak, giliran ummi pula terdiam.

Niat cikgu itu sudah baik sebenarnya mahu mengajar anak-anak ini beradab tetapi pemilihan ayat itu kurang sesuai dan anak jadi salah faham. Allah.. sesungguhnya ini juga peringatan buat ummi supaya hati-hati dalam memilih perkataan. 

Apa ummi nak jawab ni?

"Anak, Allah tu Maha Penyayang. Allah sayang kita semua. Allah hanya marah kepada orang yang syirik kepada-Nya dan tak dengar perintah-Nya.

Cikgu pun niat baik sebenarnya. Waktu makan, elok kita makan supaya tak tersedak. Sebab tu cikgu tak bagi bercakap semasa makan. Nanti kamu dah sudah makan, baru kamu bersembang dengan kawan semula ye.

Kalau tolak kawan pula. Apa jadi kalau kamu tolak kawan? Dia akan jatuh, kan? Cikgu cuma tak mahu ada yang luka, patah tangan atau tercalar pada badan. Nanti sakit. Kena bawa ke klinik. Dah tak boleh sekolah. Kena cuti. Jadi, faham tak kenapa cikgu tak bagi tolak kawan?

Allah sayang kita sebab itu Allah suruh kita beradab dengan kawan dan semasa makan."

Anak kecil itu menganggukkan kepala. Semoga dia faham.

Ummi pula termenung memikirkan kejadian ini. Ini juga satu bentuk tarbiah yang Allah mahu tunjuk kepada ummi hari ini. Alhamdulillah.

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak


5 teknik mengendalikan anak tantrum

Sumber gambar : pixabay.com

Semasa ummi buat bacaan tentang menghadapi anak tantrum, ada sekian banyak pengalaman ibu ayah yang sudah ummi baca. 

Dan ummi cuba aplikasikan apa yang ummi dapat dari buku Bukan Ibu Biasa oleh Ummu Balqis dari Indonesia. 

Sumber gambar : www.goodreads.com
Pertama : Fokus

- Bacalah basmalah dan selawat saat menghadapi anak tantrum. Ibu ayah jagan emosi sekali. Nanti tiada pihak yang untung. Maka ibu ayah perlu bertenang dan tidak menyakiti anak.

Kedua : Tenangkan anak.

Bawa anak keluar dari tempat itu. Ini bagi mengelakkan kejadian yang lebih teruk berlaku seperti membaling barang, mencederakan diri sendiri mahu pun berguling-guling di situ. Sudah pasti lebih menjadi tumpuan orang ramai. Peluklah anak.

Ketiga : Alih perhatian anak.

Beri pelukan, tepukan pada bahu, mengalih fokusnya pada bangunan besar, burung yang sedang terbang di langit atau bercakap hal yang dapat menarik minatnya. Apa sahaja yang dapat mengurangkan tekanan emosinya.

Keempat : Tetap berada di sisi anak.

Boleh juga beri anak masa untuk menangis supaya terlepas beban emosi. Ucapkan ayat yang sesuai dengan keadaan. Misalnya, Mami tahu abang rasa penat ya. Mami doa supaya abang cepat hilang penat dan berhenti menangis.

Kelima : Setelah tenang, barulah ajak anak bercakap.

Apabila anak sudah tenang, emosi juga agak stabil, ibu ayah bolehlah memberi nasihat ketika ini. Anak lebih mudah mendengar pada masa dia berasa okay.

Misalnya, lain kali kalau abang nak sesuatu, tahan dulu menangis tu. Beritahu mami dan ayah. Barulah kami tahu abang nak apa. Kalau abang tak beritahu, macam mana mami dan ayah nak tolong. Betul tak?

==================

Ummi biasanya akan sapu Calm Time balm sebelum keluar ke mana-mana. Sebab aroma Calm yang harum dapat menenangkan anak. Lagipun ramuan minyak pati tumbuhan yang diguna dalam Calm membantu anak-anak bertenang dan mengurangkan tantrum.

Semoga info ini bermanfaat dan membantu ibu ayah.

Jumpa lagi.

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

COD balm Tasneem


Siapalah yang bertuah dan menjadi tuan baru balm-balm ini ya? Insya Allah, ummi boleh COD di Melaka Tengah.

Dan caj COD bergantung pada kawasan :-)

Sejak Tasneem masuk iklan di TV9 semalam, ramai orang mula peka dengan balm Tasneem. Mana tidaknya ada tawaran menarik dapatkan balm percuma!

Boleh rujuk sini macam mana nak dapat balm percuma. Isi tau maklumat tu. Mana tahu rezeki anda dapat balm.

Jumpa lagi.

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Balm Kecil Tapi Tahan Lama!

Ummi percaya yang kita perlu menulis perkara yang baik-baik, cakap yang baik-baik dan fikir baik-baik. Berkongsi perkara yang baik untuk manfaat sangat bagus.

Ummi ada seorang adik angkat. Nun jauh di pantai timur. Dulu masa belajar pernah ikuti program anak angkat di kampungnya. 

Silaturrahim ini telah terjalin hampir 13 tahun dan akan berterusan insya Allah.

Tasneem Gift Box Terkini

Suatu hari dalam bulan April 2018, dia membeli set Tasneem Gift Box (4 biji balm iaitu CF-rub, Calm, Sleep dan T-rub). Baru dua hari lepas, dia beli sekali lagi. Subhanallah. Tahan lama!


Kali ini beli CF-rub dan Skeenz pula. Alhamdulillah. Semoga baby E sihat dan serasi dengan balm ini :-)

Jom siapa nak order boleh hubungi ummi ya.

Jumpa lagi!

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Anak terkena ringworm



Allah... Terpana masa mula-mula terima gambar ini. Ini adik Sofia. Umurnya 7 bulan. Nampak mukanya tu? Bukan ruam. Tapi adik Sofia terkena ringworm.

Ringworm ni macam sejenis kulat pada kulit.

Dia tak pandai menggaru. Tidur meniarap dalam buai. Buatkan benda ni lagi merebak. Puas ibunya bawa ke klinik dan hospital tapi ubat yang diterima belum memberi kesan.

Akhirnya nekad guna Skeenz. Alhamdulillah, Allah izinkan serasi dan semakin pulih!


Doakan Sofia terus sembuh ya :-)


Ibu ayah nak cuba Skeenz boleh hubungi ummi :


Harganya RM55 sebiji balm. Beratnya termasuk bekas ialah 50g. 

Jumpa lagi.

Ummi Aina
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Kulit Anak Makin Pulih


Kulit anak semakin pulih.


Cuaca panas, peluh banyak keluar. Bila badan melekit, anak pun tak selesa. Itu yang menggaru-garu kan?

Kesian adik ni. Tapi ibunya ikhtiar dengan Skeenz. Alhamdulillah selepas 6 hari dah pulih. Nak tahu pasal Skeenz, boleh baca sini tau.

Nak order atau tanya dahulu pun boleh. Nanti WhatsApp ummi :-)

Jumpa lagi.

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Ajar Anak 6 Perkara Ini Sebelum Pergi Bercuti

Horeyyy.. hujung minggu tiba lagi! Tambah lagi nak cuti raya cina ni, kan? Ada rancangan pergi ke mana-mana?

Sumber gambar : pixabay.com

Ikut pengalaman ummi, ini yang kami buat sebelum siap pergi melancong :

1. Panggil anak-anak. Libatkan mereka dalam merangka perjalanan percutian.

2. Ajar adab bermusafir - lazimi doa keluar rumah, doa naik kenderaan, doa apabila berhenti di sesuatu tempat dan lain-lain.

3. Sentiasa pesan supaya mereka berbaik sesama adik-beradik, berkongsi barang sama-sama dan elak bergaduh.

4. Latih kemas pakaian sendiri. Sediakan beg seorang satu. Tujuannya melatih mereka berdikari dan bertanggungjawab. Bagi anak kecil, mak ayah perlulah pantau ya :-) Ada anak ummi dahulu, habis dibawa permainan legonya. Hehe.

5. Bincang aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang perjalanan dan agihan tugas apabila tiba ke destinasi.

6. Ulang Do and Don'ts walaupun anak dah tahu. Ummi, biasalah kan. Haha.

Apa yang pasti, bagi makan kenyang-kenyang sebelum gerak keluar.

Ummi tambah satu lagi - sapu balm Calm! Nak cegah mereka tantrum. Hehe.

Jumpa lagi.

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Tip Untuk Ibu Hamil Bercuti

Minggu depan cuti umum raya cina, kan? Pasti ada yang merancang untuk keluar bercuti.

Sumber gambar : pixabay.com

Bercuti semasa mengandung boleh jadi memori yang indah. Yalah, waktu ini ibu masih boleh bergerak dan relaks sebelum bayi keluar.

Tetapi ada beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum melancong :

» Minta nasihat doktor sekiranya ada komplikasi kesihatan seperti darah tinggi, lelah atau diabetis.

» Keadaan ibu seperti loya dan muntah, pening.

» Adakah bercuti bersama suami sahaja atau membawa semua anak bersama?

» Masa dan bajet percutian.

Apabila sebut bercuti / melancong, memang kita akan rasa penat dengan perjalanan. Jadi pastikan percutian anda berjalan lancar dan anda sihat sepanjang bercuti.

Tip Untuk Ibu Hamil Bercuti

» Sediakan pakaian yang sesuai - menyerap peluh.

» Kurangkan tekanan dengan merancang jadual lebih awal.

» Bawa barang yang ringan.

» Memaksimumkan cuti. Mungkin masukkan aktiviti santai seperti mandian tab, relaks di tepi pantai atau membaca di waktu malam.

» Makan dengan bijak.
Ha, ini memang penting. Minum banyak air - jadi bawa bekalan sendiri. Sediakan snek sihat dalam beg tangan bagi mengalas perut sementara menati hidangan utama.

» Jika perjalanan mengambil masa yang lama, kerapkan berhenti untuk meregang kaki dan meluruskan pinggang. Juga untuk keselesaan ibu ke tandas.

» Bawa tisu basah dan hand sanitizer.

» Elak ruam. Pakai pakaian longgar dan berkain kapas. (Psst.. boleh bawa bekal balm Skeenz untuk hilangkan ruam dan gatal-gatal :-))

Ummi biasanya sediakan balm T-rubw dan Skeenz jika perjalanan jauh. Sebab aroma balm T-rub membantu ummi hilangkan loya dan pening. Skeenz pula untuk stand by masalah gatal-gatal dan ruam pada kulit.

Semoga menbantu. Selamat bercuti dan jumpa lagi.

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Kesan Minyak Panas Cepat Sembuh

Mak saya suka guna Skeenz setiap kali terkena minyak panas bila memasak. Kadang lecur kena kuali panas. Sapu je, langsung tak menggelembung kesan kena minyak atau kuali panas. Sapu hari ini, esok terus dah kering. Katanya memang bagus Skeenz ni. Siap mintak topup buat stok kat umah. Alhamdulillah ~❤️

Alhamdulillah, best dengar feedback seorang pengguna balm Skeenz!

Memang sejak akhir-akhir ini banyak maklum balas pasal Skeenz yang ummi terima. Masya Allah.

Walaupun balm untuk baby, tapi mak-mak pun boleh pakai ye. Boleh jenguk sini lihat pasal Skeenz.

Skeenz packaging lejen
Nak cuba Skeenz? RM55 sebiji balm. Boleh order dengan ummi tau.

Jumpa lagi!

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Tasneem Masuk TV!

Assalamualaikum semua.


Selamat pagi! Semoga hari ini dimulakan dengan ceria dan dimudahkan urusan. Tak mo stress, stress ye. Hidup kita, kita boleh buat pilihan yang terbaik. Allah's will and always with us as long as we follow the syariah.

Ha, ummi ada berita gembira nak kongsi dengan semua. Tasneem Naturel mula mengorak langkah ke hadapan dengan muncul di kaca televisyen.

Malam tadi bermulanya iklan Tasneem di TV9. Jemput tonton video preview ini.


Lepas ni sesambil tengok drama TV9 tu, bolehlah tengok iklan Tasneem sekali!

Dan jangan lupa juga. Ada *percuma 997 balm* untuk semua! Best tauuu... Bukan senang nak dapat peluang macam ni :-)

Macam mana nak dapat balm free? :

1) Log in ke website kami : 
www.tasneemnaturel.com

2) Nanti keluar pop-up form. Isikan maklumat tau.


Itu sahaja. Doa-doalah ada rezeki kalian ;)

Setia ikuti blog ini untuk info terbaru dari Tasneem dan ilmu best dari kami. 

Bagi orang Melaka terutama kawasan Melaka Tengah yang nak beli balm Tasneem boleh hubungi ummi. 

Jumpa lagi.

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak