Saturday, January 5, 2019

Berdoa Dengan Suara Yang Kuat




بسم الله الرحمن الرحيم

Pernah tak rasa exhausted apabila sampai satu tahap anak seperti tak mahu dengar cakap kita? Soalan ini pernah diadukan oleh kawan kepada seorang kakak di tempat kerja. Kakak ini sudah banyak pengalamannya. Anak-anaknya juga ada yang sudah besar. Ada yang berusia 6 hingga 20 tahun.

Katanya jadi ibu ayah ini tidak boleh leka dan malas. Cara dia mendidik anak selama ini ialah melalui kekuatan doa :

1) Sentiasa ucap perkataan yang baik.

2) Bangun malam dan jangan lupa berdoa untuk anak-anak.

3) Selepas solat, berdoa dengan suara yang kuat. Maknanya boleh didengari dengan jelas oleh anak-anak. Letakkan tangan di atas kepala anak semasa berdoa. Kadang-kadang, bila ibu ini uzur syarie, anak-anak pula berdoa untuknya. Subhanallah.

Antara doa yang baik untuk diamalkan ialah daripada al-Quran. Marilah kita sama-sama amalkan doa-doa ini. Semoga Allah memberkati.

Sumber gambar : hanakamaruzaman.wordpress.com

Sumber gambar : www.rilekslah.my

Ummi Aina

No comments:

Post a Comment