Friday, January 11, 2019

Anak yang aktif


Kelas al-Quran kami mempunyai ramai anak kecil sekitar 4 ke 6 tahun. Faham-faham sahajalah suasananya bagaimana. Adakalanya tidak terkawal juga :) 

Terjumpa gambar lama. Anak kecil yang comel ini sangat aktif dan suka tersengih. Kini sudah masuk darjah 5. Teringat suatu waktu dahulu, ketika kelas mengaji masih beroperasi di rumah mertua, dia antara anak yang konsisten datang mengaji.

Suatu hari dia asyik berlari-lari sedangkan giliran mengajinya telah tiba.

"Amirin, mari sini mengaji," kata saya. Dia masih berlari sehingga dipanggil oleh kakaknya.

Dia duduk dengan mata melihat kiri dan kanan. Badannya juga tidak menghadap saya. "Amirin, nak tahu satu rahsia tak?". Dia sengih sahaja. "Allah sayang orang yang mengaji al-Quran. Allah bagi pahala yang banyak bagi orang yang rajin mengaji. Amiri suka tak Allah sayang Amiri?". Dia tidak menjawab soalan saya sebaliknya terus membaca "a ba a". Eh..baca bismillah dahulu..ish ish ish..

Selesai mengaji terus dia berkata, "Banyak kan pahala Amirin hari ni?" Subhanallah. Saya ingatkan dia tak dengar  apa yang saya katakan tadi. 



Moga kamu jadi anak yang soleh ya.

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

No comments:

Post a Comment