Monday, January 14, 2019

Anak Sukar Belajar? Boleh cuba cara ini

بسم الله الرحمن الرحيم


1. Minta bantuan guru.
Sumber gambar : di sini

Ibu ayah bincang elok-elok dengan guru. Ceritakan kekangan yang dihadapi oleh anak. Guru yang baik sentiasa membantu kanak-kanak yang lemah. Insya Allah semuanya ok sahaja.

2. Minta bantuan rakan.

Sumber gambar : di sini

Kawan yang baik turut menyumbang kepada perkembangan sahsiah anak yang baik. Bimbing anak meminta bantuan dengan elok dengan rakannya.

3. Ibu bapa bantu anak.

 

Luangkan masa bersama anak, kenali potensi dan kelemahan anak, bantu beri motivasi kepadanya dan cuba cari jalan penyelesaian. Jika anak cepat letih menulis, galakkan anak bermain atau memanjat bagi menguatkan kemahiran motor halus dan kasarnya.

4. Kerjasama dari adik-beradik

Hubungan yang positif antara adik-beradik mampu meningkatkan kemahiran kendiri anak. Ajar kakak abang bantu adik dan didik adik menghormati kakak abang. Harmoni.

5. Catat perkataan baru.

Pengalaman saya berkawan dengan seorang rakan bermasalah pendengaran yang bijak dan berfungsi hampir seperti orang normal.

Rupanya pengorbanan ibu ayahnya ketika kecil sangat mengagumkan. Setiap perkataan ditulis dan dipamerkan di dalam bilik. Penuh dinding katanya. Malah ibunya membuat inisiatif sendiri membuat buku besar (big book) mengajar anaknya membaca dan membuat karangan. Tidak lupa, setiap barang dalam rumah dilabel.

Subhanallah.
Jom kita juga, ibu ayah!

Akan bersambung lagi tips ini pada entri yang lain. Nantikan :-)

(Terima kasih kepada Cikgu K.A Razhiyah di dalam Buku "Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar?" atas semua tip di atas. Contohnya sahaja diolah mengikut pengalaman saya).


Ummi Aina

No comments:

Post a Comment