Wednesday, January 16, 2019

Supplement tambahan ketika hamil. Ada kesan sampingan?

Sumber gambar : www.pixabay.com

Sebaik sahaja disahkan hamil, ibu maklum akan berlaku perubahan badan dan pentingnya menjaga pemakanan. Sudah pasti mencari supplement tambaham bagi menyokong kesihatan semasa mengandung.

Namun, tahukah anda bahawa pengambilan secara berlebihan mengundang kesan sampingan?

Oleh sebab itu, sebelum memulakan apa sahaja supplement, berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan panduan yang betul.

Umum mengetahui supplement yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah :

1. Asid folik
2. Kalsium
3. Vitamin D
4. Zat besi
5. Vitamin C

Lihat kesan sampingan jika diambil berlebihan :

Vitamin A

Menyebabkan sakit kepala, loya, cirit, kulit kering atau gatal, rambut gugur dan hilang selera makan.

Dalam keadaan yang teruk, boleh menyebabkan sakit tulang dan pembesaran hati dan limpa.

Vitamin D

Mengakibatkan simpanan luar biasa kalsium pada tisu lembut, dinding salur darah dan buah pinggang.

Kalsium

Mengurangkan kadar penyerapan zat besi, menyebabkan sembelit dan loya, risiko berlaku palpitasi (debaran jantung), menyebabkan batu karang dan merosakkan buah pinggang.

Zat besi 

Terkumpul dalam organ badan yang melibatkan kegagalan jantung, hati dan kencing manis.

Potasium / sodium

Menyebabkan gangguan yang serius kepada rentak degupan jantung, merosakkan saraf dan buah pinggang.

[Kredit kepada Tuan Muhammad Mawardi Zakaria, penulis buku Diari Hamil terbitan Telaga Biru di dalam slot Majalah Demi Cinta].

Tidak pernah terfikir pun bahawa ada kesan sampingan seperti ini. Maka, ambillah dalam kuantiti sekadarnya dan mengikut saranan doktor.

Ummi Aina.

No comments:

Post a Comment