Sumber gambar : pixabay.com |
Jadual anak kita yang bersekolah sehari-hari memang padat. Namun sebagai ibu ayah kita perlu juga memantau jadual harian dan mengambil tahu emosi mereka.
Ambillah info ini sebagai tambahan supaya masa mereka dapat digunakan sebaiknya.
1) Membaca
- Masa yang paling tepat untuk menghafaz ialah sebelum maghrib dan sebelum subuh.
2) Riadah
- Masa terbaik beriadah ialah selepas subuh dan asar.
3) Membaca berita
- Peka dengan perkembangan semasa kerana diri kita harus menjadi agen perubahan untuk memperbaiki masyarakat. Masa yang sesuai ialah ketika rehat untuk makan siang atau makan malam.
4) Beribadah
- Masa terbaik ialah pada waktu tengah malam apabila semua orang masih tidur.
5) Bergaul dengan manusia
- bertujuan melatih kepakaran berkomunikasi dan sikap empati. Luangkan masa beberapa jam pada waktu tengah hari menyantuni orang.
6) Berhibur [dengan perkara halal] seperti menonton cerita, bersiar-siar atau melakukan hobi.
* Info ini diperolehi dari buku Ikon Syabab tulisan Ustaz Umar Muhammad Noor.
Jumpa lagi.
Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak
No comments:
Post a Comment