Thursday, January 31, 2019

Tip Untuk Ibu Hamil Bercuti

Minggu depan cuti umum raya cina, kan? Pasti ada yang merancang untuk keluar bercuti.

Sumber gambar : pixabay.com

Bercuti semasa mengandung boleh jadi memori yang indah. Yalah, waktu ini ibu masih boleh bergerak dan relaks sebelum bayi keluar.

Tetapi ada beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum melancong :

» Minta nasihat doktor sekiranya ada komplikasi kesihatan seperti darah tinggi, lelah atau diabetis.

» Keadaan ibu seperti loya dan muntah, pening.

» Adakah bercuti bersama suami sahaja atau membawa semua anak bersama?

» Masa dan bajet percutian.

Apabila sebut bercuti / melancong, memang kita akan rasa penat dengan perjalanan. Jadi pastikan percutian anda berjalan lancar dan anda sihat sepanjang bercuti.

Tip Untuk Ibu Hamil Bercuti

» Sediakan pakaian yang sesuai - menyerap peluh.

» Kurangkan tekanan dengan merancang jadual lebih awal.

» Bawa barang yang ringan.

» Memaksimumkan cuti. Mungkin masukkan aktiviti santai seperti mandian tab, relaks di tepi pantai atau membaca di waktu malam.

» Makan dengan bijak.
Ha, ini memang penting. Minum banyak air - jadi bawa bekalan sendiri. Sediakan snek sihat dalam beg tangan bagi mengalas perut sementara menati hidangan utama.

» Jika perjalanan mengambil masa yang lama, kerapkan berhenti untuk meregang kaki dan meluruskan pinggang. Juga untuk keselesaan ibu ke tandas.

» Bawa tisu basah dan hand sanitizer.

» Elak ruam. Pakai pakaian longgar dan berkain kapas. (Psst.. boleh bawa bekal balm Skeenz untuk hilangkan ruam dan gatal-gatal :-))

Ummi biasanya sediakan balm T-rubw dan Skeenz jika perjalanan jauh. Sebab aroma balm T-rub membantu ummi hilangkan loya dan pening. Skeenz pula untuk stand by masalah gatal-gatal dan ruam pada kulit.

Semoga menbantu. Selamat bercuti dan jumpa lagi.

Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

No comments:

Post a Comment