Melihat kawan-kawan yang masih menyusu anak dan bekerja, saya salute dengan semangat mereka mengepam susu mengikut jadual mereka. Ia rutin yang dilakukan setiap hari tanpa jemu. Malah kagum dengan kegigihan mereka menyusukan anak dengan susu ibu sahaja.
Teringat semasa saya bekerja dahulu. Saya banyak bertanya rakan yang berpengalaman, membaca buku, artikel dan merujuk doktor.
Ada ketikanya susu meriah, ada ketikanya susu merudum teruk.
Cabaran bagi saya ialah :
1) Waktu pengepaman - perlu adjust dengan jadual waktu. Kadang-kadang balik sekolah baru dapat pam. Banyak kelas ganti (guru lain berkursus, cuti sakit, ada urusan rasmi dan lain-lain).
2) Letih - Balik rumah memang jadual pam selalu sahaja terganggu. Nak buat kerja rumah, nak steril alatan pam, kerenah anak... (tak baik mengeluh!)
3) Susu kurang! - Oh, puncanya ialah saya kurang minum air masak dan sangat letih akibat tak cukup rehat. Jadi ibu-ibu, cuba minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
4) Pam rosak - Huhu....ini yang tak tahan. Mujur saya boleh perah guna tangan. Tapi masih tidak boleh kejar target..
Semangat memang jatuh bila susu yang dipam tidak banyak seperti biasa. Di sini, saya percaya kuasa minda boleh mempengaruhi tindakan. Terpaksalah bina semula motivasi dengan carian google, tanya kawan, membaca....
Macam-macam petua banyakkan susu saya dapat. Ini yang saya amal / pernah cuba buat beberapa lama. (Kini tak buat lagi sebab saya sudah sepenuh masa berada di rumah).
1) Makan lobak putih.
2) Makan sayuran hijau - bayam, sawi
3) Minum air longan kering beli di kedai sei sei, biasanya ada - (air mata kucing rupanya! Apalah saya ni..longan ni nama saintifik ",)
4) Minum jus pegaga.
Semoga kawan-kawan diberi kesihatan dan semangat untuk terus menyusukan anak. Bagi yang tidak dapat, jangan sedih tau. Allah tak bebankan kita di luar kemampuan kita. Yang penting semoga anak-anak sihat dan membesar dengan ceria.
Jumpa lagi.
Ummi Aina.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak
No comments:
Post a Comment