Thursday, January 3, 2019

Tip Tangani Anak Tantrum

بسم الله الرحمن الرحيم


Minggu ini minggu pertama persekolahan. Apa khabar ibu dan anak semua? Pagi-pagi begini ada ibu yang sedang bergelut dengan anak-anak bersiap ke sekolah? I feeelll youu. Haa panjang harakatnya. Hehe..

Mari nak kongsi tips kreatif menangani anak yang tantrum. Info ini diadaptasi dari Segmen Adab Buat Anak Majalah Demi Cinta :

1. Istighfar

Mak ayah kena banyak-banyak istighfar sebelum meluncurkan apa-apa perkataan. Ingat, perkataan ibu makbul jika tiba saat doa diangkat. Hee.. Dengan cara ini, moga-moga Allah hadirkan ketenangan dan kita pun dijauhkan dari gangguan bisikan syaitan. Bukan mudah tetapi boleh insya Allah!

2. Bertenang

Tarik nafas, hembus, Buat beberapa kali. Atau tarik nafas dalam-dalam. Ibu ayah yang tenang hadapi anak tantrum akan buatkan anak berhenti mengamuk lama-kelamaan. Ibu ayah boleh juga guna reverse psychology untuk distract anak tantrum ni.

3. Belas kasihan

Jangan dilawan api dengan api. Maksudnya jika anak sedang mengamuk, ibu ayah pun marah-marah. Tiada siapa yang menang dalam situasi ini. Jadi ambil inisiatif peluk dan pujuk anak. Pasti ada sesuatu yang buatkan anak berkelakuan begitu.

4. Fokus

Kadang-kadang anak mengamuk kerana mahukan sesuatu tetapi tidak dapat. Ibu ayah pun ada sebab tersendiri kan kenapa tak mahu beri benda tersebut. Mungkin ia tak begitu baik untuk anak. Jadi, cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain.

5. Bertegas

Bertegas bukannya marah-marah. Ia dua situasi berbeza. Mungkin boleh cuba diplomasi dari awal dengan anak-anak. Misalnya sebelum keluar ke pasaraya, maklumkan kepada anak yang ibu hanya mahu beli barang tertentu. Jika anak ada keinginan, masukkan dalam senarai belian akan datang (wishlist). Boleh gitu? Ya, ini memerlukan kepada rutin kebiasaan. Latih beberapa kali :)

6. Berikan ganjaran

Ganjaran akan membuatkan anak terpaksa menurut kemahuan ibu ayah. Bayangkan jika tawaran itu betul-betul anak akan suka kemudiannya.

7. Peluk dan tenangkan

Dari awal saya mempunyai anak, emak dan nenek saya selalu berpesan : Jangan biarkan anak menangis lama, angkat terus atau pujuk terus bila dia menangis. Jangan jadikan dia "jahat". Huhu padu sungguh peringatannya. Peluklah anak, tenteramkan dia dan usaplah dadanya. Tetapi boleh juga beri dia sedikit ruang melepaskan rasa tantrum sekejap sebelum ibu ayah datang memujuk.

8. Bersabar

Menjadi ibu ayah tidak mudah. Perjalanannya seperti menaiki roller coaster bak kata Pn Jamilah Samian, penulis buku Cool Moom, Cool Dad :) Dengan ujian ini, Allah mahu didik kita menjadi orang yang lebih sabar dan membuka ruang kepada kita meningkatkan kemahiran keibubapaan selari dengan mencari keredaan Allah.

Selamat mencuba!

++++++++++++

Sekarang, sebelum keluar ke mana-mana atau selepas mandi saya akan sapukan balm Calm pada anak-anak. Sejauh mana ia berkesan kepada anak-anak bergantung juga kepada respon mereka. Namun setakat ini alhamdulillah, semua anak serasi dengan balm Calm Time. Ia memang berperanan membantu mengurangkan tantrum dan menyeimbangkan emosi anak.



Boleh sahaja bertanya lanjut tentang balm ini. Hubungi nombor di bawah tau. Jumpa lagi.

Ummi Aina

No comments:

Post a Comment