Thursday, January 24, 2019

Petua Dari Dapur Suri

Sumber gambar : pixabay.com

Masyarakat Melayu kita kaya dengan pelbagai petua tradisional. Menariknya ia berkaitan dengan survival nenek moyang kita dahulu yang banyak pengalaman mencari remedi menggunakan bahan yang ada di dapur sahaja.

Maha Hebat Allah menjadikan setiap tumbuhan itu mempunyai khasiat tertentu untuk manusia.

Hasil survey ringkas ummi di kalangan ibu-ibu mendapati ada beberapa amalan yang dibuat oleh mereka berdasarkan petua orang tua terdahulu.

Jom semak!

Demam 

» Jerlum dengan air asam jawa
» Jerlum dengan air dan cuka epal
Or jerlum air + Apple cider vinegar
» Mandi atau lumur badan dengan air rendaman daun bunga mawar (diramas hingga keluar lendirnya)

Selsema 

» Sapu kunyit tumbuk atas hidung

Batuk

» Minum air madu dan sedikit perahan lemon

Angin 

» Makan bawang putih bakar

Asthma 

» Sapu minyak bawang merah (minyak masak + bawang merah tumbuk bersana kulit sekali) 
» Bawang putih juga berfungsi sebagai antibiotik

Rambut

» Bersihkan kepala dengan lendir daun bunga raya.
» Guna minyak kelapa (boleh juga untuk urutan badan)

Inai

» Melindungi kuku dan jari (mesti pernah buat, kan?) :-)

Wangian

» Bawang putih + nilam + daun pandan

Cengkih

» Kumur n bersihkan bau nafas dan gigi
» Serbuknya boleh diletak pada gigi yang sakit untuk kurangkan kesakitan

Luka ringan, gigitan nyamuk, gatal, ruam

» Lumurkan sedikit kunyit

Batuk

» Bunga belimbing buluh. Boleh letak pudina
» Makan ketumbar sungai

Kembung perut

» Sapukan halia dan bawang putih

Sakit perut

» Makan benda yang kelat seperti pinang muda, daun tenggek burung, putat darat
» Perut disapu sirih, pinang kapur atau gambir

Muka

» Wap nasi dan air beras

Pokok 

» Siram air beras

Badan

» Scrub dengan beras pulut dan bunga-bungaan

Perlu disesuaikan mengikut badan. Ada yang ok, ada yang kurang sesuai dengan diri sendiri :-)

Jumpa lagi.

Ummi Aina

Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

No comments:

Post a Comment