Tuesday, January 15, 2019

Sarapan apa pagi ini?

Anak-anak dah ke sekolah. Suami pun sudah beredar ke tempat kerja. Ummi yang tinggal di rumah ini dapatlah selesaikan pekerjaan yang berbaki.

Sudah mengaji, baca zikir pagi dan membaca sedikit.

Sambung pula dengan kerja rumah - mengemas dapur, mendobi, sidai baju, lipat baju, mengemop rumah dan bersiap untuk masak lauk tengahari.

Dulu-dulu masa sekolah, emak rajin sediakan bekalan ke sekolah. Masa beredar, memasuki kolej matrikulasi ummi banyak minum air soya dalam kotak dan kadang-kadang Nestum 3 in 1 yang mana rupanya ia adalah makanan yang tidak sihat. Hee..

Ini kerana kajian mendapati kebanyakan produk bijirin mengandungi 40% gula lebih tinggi! Kebanyakan produk mengandungi lebih 15g gula dalam setiap 100g. Jika kita mengambilnya setiap hari, bermakna setiap tahun, sebanyak lebih 4.5 kg gula telah kita ambil. Menyeramkan!

Jadi tak salah pun jika kita bersarapan dengan buah-buahan. Tertarik dengan khasiat buah epal hijau yang ditulis oleh Dr Zubaidi.

Sumber gambar : pixabay.com


Di dalam epal hijau, kandungan nutrisinya tinggi merangkumi :

» Zat besi
» Magnesium
» Potassium
» Kalsium
» Sodium
» Vitamin C
» Vitamin A
» Vitamin B
» dan serat mudah larut

Antara manfaat buah epal hijau ialah :

# tinggi kandungan vitamin C. Digalakkan makan kulitnya sekali kerama di situlah terletaknya nutrisi yang tinggi.

# Zat masam epal berperanan membersihkan tubuh tetapi berhati-hati bagi pesakit gastrik.

# Menghalang pembinaan plak kolestrol dalam dinding salur darah dan mengurangkan risiko sakit jantung.

# Menguatkan fungsi paru-paru. Maka kekerapan diserang asthma boleh dikurangkan.

# Menambah mineral pada tulang.

# Membantu mengekalkan berat badan. (Wah, ini yang suka ni! ;))

# Mengurangkan risiko penyakit barah.

Selepas ini bolehlah masukkan dalam hidangan sehari di rumah. Hidup sihat dan ceria!

Ummi Aina

No comments:

Post a Comment