Wednesday, January 2, 2019

Emak saya dan balm Tasneem

بسم الله الرحمن الرحيم


Suatu hari, mak tanya. "Ada flyers tak? Bagi mak sikit. Tadi mak pergi belajar. Ada sorang ibu muda tu bawa baby kecil. Kesian anaknya selsema. Mak bagilah pakai CF-rub."

Saya mendengar dengan minat. Mak bila bercerita memang bersungguh.

"Lepas tu dia tanya, ni apa makcik? Mak katalah balm baby. Tapi makcik pakai je. Ibu tu macam berminat tapi sayangnya mak tak ada maklumat lain nak bagi."

Haha. Mak saya bab soft selling memang bagi pada dia. Walaupun mak tak tau pun apa-apa pasal soft selling ke copy writing dan lain-lain tu. 

Saya pula masih malu nak bercakap secara langsung. Hee. 

Ummi Aina,
Kena pecahkan tembok malu.

######

Nak order balm boleh tekan sini ya (",)

No comments:

Post a Comment