Sunday, January 20, 2019

5 Ciri memilih buku cerita untuk anak



Macam mana nak pilih buku yang anak suka? Macam mana nak tahu anak minat dengan buku tu?

Ibu-ibu boleh minta anak sendiri pilih atau kita pilih dan tunjuk pada mereka. Selak helaian buku, jika anak berminat, boleh belikan / pinjamkan untuk mereka 😊

Antara ciri buku yang menarik dan sesuai untuk anak-anak kecil :

🍀 Ilustrasi menarik, warna ceria, tidak terlalu 'crowded'.
🍀 Plot ringkas.
🍀 Kisah kehidupan seharian atau bertemakan haiwan dengan karakter yang comel.
🍀 Gambar tu kadang-kadang sudah boleh dibuat cerita. Kita tengok pun boleh faham jalan cerita.
🍀 Buku yang merangsang anak untuk bertanya lebih lanjut dan boleh diulang baca selalu.

Ini sekadar pandangan peribadi saya sepanjang memilih buku yang menarik untuk bacaan anak-anak 😇

Sebab itu salah satu buku kegemaran kami ialah buku Ziyad & Tiger Adventures ; Animals From The Quran oleh Dr Anayasmin Azmi.



Saya pernah review buku ini di sini :


Siap buat Story Sack lagi. Nak tau story sack tu apa jemput baca ya 👆😄

Buku Ziyad & Tiger Adventures ni colourful, berwarna penuh, tulisan besar dan jalan cerita yang menarik. 

Anak-anak tertarik betul dengan cerita lebah dan kuda. Sebab mereka sangat ingat dengan surah al-'Adiyat (kuda). Mereka juga ingat lebah sebab itulah lukisan yang kerap mereka minta saya lukiskan bila mahu mewarna 😅

Sesungguhnya setiap kejadian Allah itu tidak sia-sia. Dan marilah kita memandang sesuatu dari perspektif al-Quran mulai sekarang. Sungguh, Al-Quran ini diturunkan untuk mereka yang benar-benar mahu mengambil pelajaran. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment