Saturday, January 19, 2019

Doa dan Dzikir untuk Ibu Hamil

Sumber gambar : di sini


Buku karangan Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah terbitan Pustaka Ibnu Umar ini menarik perhatian saya.

Sebenarnya tiada doa dan zikir khusus untuk ibu hamil. Ayat-ayat Quran adalah zikir terbaik untuk dibaca sepanjang kehamilan. Selain itu, zikir pagi petang juga seharusnya dibaca dan jangan ditinggalkan kerana mengandungi pelbagai manfaat buat kita sebagai seorang muslim. Himpunan zikir dan doa di dalam 'zikir pagi petang' adalah dari sumber hadis yang sahih.

Saya petik dari buku ini doa dan zikir yang dianjurkan dibaca oleh ibu hamil :

1) Surah al-Fatihah

2) Ayatul Kursi - dibaca sekali setiap pagi dan petang, sebelum tidur dan setiap kali selepas solat fardu.

3) Membaca 2 ayat terakhir surah al-Baqarah (ayat 285 dan 286) - dibaca pada waktu siang, sebelum tidur.

4) Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas - dibaca 3 kali setiap pagi dan petang, sebelum tidur dan sekali selepas solat fardu.

5) Membaca ayat-ayat lain yang berkaitan seperti :

a) As-Saffat ayat 1 hingga 10
b) Al-Mukminun ayat 97 hingga 98 (ayat ini juga dibaca sebelum kita memulakan solat bagi menghindarkan diri dari gangguan syaitan)
c) Al-Baqarah ayat 185
d) Al-Faathir ayat 11
e) Surah al-Zalzalah



6) Memperbanyakkan doa Nabi Yunus (lailaha illa anta....)

Apa yang penting ialah jangan malas berdoa.

Banyakkan berdoa untuk dapat anak yang soleh. Ingatan untuk diri saya juga!


Ummi Aina

No comments:

Post a Comment