Buku yang menyeronokkan! Koleksi pelbagai permainan yang boleh dibuat bersama si kecil anda.
Saya sebenarnya tidak begitu mengambil kisah kaedah Montessori walaupun ia merupakan kaedah yang popular dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak.
Saya baca kerana ingin mengambil idea yang boleh dibuat bersama anak.
Buku ini setebal 160 muka surat terbahagi kepada 6 bab iaitu exploring senses, coordinations, art and crafts, games and movement, language and stories dan out and about.
Bahagian belakang buku |
Pandangan sisi |
Setiap bab disertakan cadangan aktiviti dan umur yang bersesuaian. Saya kira saya akan buka lagi buku ini apabila anak yang kecil mencapai usia berkenaan. Tapi semua aktiviti insya Allah boleh diaplikasikan dengan anak usia setahun ke atas.
Isi kandungan buku |
Sudah tentu saya paling suka bab Art and Crafts dan Language and stories.
Saya catatkan di sini untuk rujukan sendiri pada masa akan datang 😉
Art and Crafts
1. Painting with water
2. Floor Art
3. Potato prints - macam aktiviti seni saya semasa sekolah rendah. Cikgu akan pesan bawa bendi, kentang dari rumah untuk buat cop :)
4. Spray point
5. Hands on - cop tangan dengan warna air
6. Angelfish handprints
7. Finger fun - boleh guna sarung tangan dan bercerita dengannya
8. Homemade playdough.
- Resipinya :
1 cawan tepung
1/2 cawan garam
2 sudu teh cream of tartar
1 cawan air
1 sudu teh pewarna makanan
2 sudu teh minyak masak
periuk
sudip kayu
Perlu dimasak atas api dengan kadar sederhana
9. Floating fun - bina bot guna kertas foam. Letakkan dalam besen
10. Treasure map - untuk 3 tahun ke atas
Mungkin antara kita memang sudah biasa buat semua ini tapi kita tidak sedar rupa-rupanya ia memberi makna kepada anak-anak kecil ini.
Lagipun bermain bersama anak kecil merupakan satu sunnah. Kita dapat mendidik anak-anak ini dengan adab dan ilmu selain meraikan fitrah mereka. Wallahualam.
+++++
Nak dapatkan balm baby boleh roger ya :-)
Ummi Aina.
No comments:
Post a Comment