Ada sebuah puisi klasik indah yang ditulis oleh Dorothy Law Nolte bertajuk "Children Learn What They Live" :
Apabila anak-anak banyak dikritik dalam kehidupan mereka,
Mereka belajar mengutuk.
Apabila anak-anak belajar mengalami permusuhan dalam kehidupan mereka,
Mereka belajar berseteru.
Apabila anak-anak banyak mengalami ketakutan dalam kehidupan mereka,
Mereka belajar prihatin.
Apabila anak-anak banyak dikasihani dalam kehidupan mereka,
Mereka belajar berasa kasihan pada diri sendiri.
Apabila anak-anak banyak dicemuh dalam kehidupan mereka,
Mereka belajar menjadi pemalu.
Apabila anak-anak banyak mengalami perasaan cemburu dalam kehidupan mereka,
Mereka belajar iri hati.
Apabila anak-anak banyak mengalami hal yang memalukan dalam kehidupan mereka,
Mereka belajar berasa bersalah.
Apabila anak-anak banyak diberikan dorongan dalam kehidupan mereka,
Mereka belajar mempercayai diri sendiri.
Apabila anak-anak menikmati toleransi dalam kehidupan mereka,
Mereka belajar sabar.
Apabila anak-anak banyak dipuji dalam kehidupan mereka,
Mereka belajar menghargai.
Apabila anak-anak berasa diterima dalam kehidupan mereka,
Mereka belajar mengasihi.
Apabila anak-anak berasa diberikan perhatian dalam kehidupan mereka,
Mereka belajar menyukai diri sendiri.
Apabila anak-anak berasa diakui dalam kehidupan mereka,
Mereka belajar bahawa mempunyai sasaran itu baik.
Apabila anak-anak dibiasakan memberi dalam kehidupan mereka,
Mereka belajar bermurah hati.
Apabila anak-anak dibiasakan jujur dalam kehidupan mereka,
Mereka belajar mengatakan yang sebenarnya.
Apabila anak-anak merasakan keadilan dalam kehidupan mereka,
Mereka belajar bersikap adil.
Apabila anak-anak banyak diberikan kemurahan dan pertimbangan dalam kehidupan mereka,
Mereka belajar menghormati.
Apabila anak-anak berasa tenteram dalam kehidupan mereka,
Mereka percaya pada diri sendiri mahupun orang di sekeliling.
Apabila anak-anak merasakan persahabatan dalam kehidupan mereka,
Mereka belajar bahawa dunia ini adalah tempat tinggal yang menyenangkan.
Jadi anak belajar dari apa yang mereka LIHAT, ALAMI dan RASAI.
Adakah kita sudah tunjukkan contoh yang terbaik?
Ummi Aina.
No comments:
Post a Comment