Wednesday, January 30, 2019

9 Strategi Didikan Nabi

1. Menjelaskan dengan gerakan tubuh badan.

Rasulullah bersabda : Perumpamaan orang mukmin bagi orang mukmin yang lain umpama satu bangunan yang bahagian-bahagiannya saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Kemudian baginda menyatukan jari kedua tangannya sebagai isyarat penjelasan. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Sentiasa Mengulang

Anas berkata : Rasulullah sering mengulang sebanyak tiga kali agar setiap perkataan Baginda dapat difahami. (Hadis riwayat Tirmizi)

3. Secara Bertahap Mengikut Usia

Daripada Jundab bin Abdillah, dia berkata : Sewaktu kami remaja, kami pernah belajar bersama Rasulullah. Kami memoelajari keimanan terlebih dahulu sebelum kami mempelajari al-Quran, maka keimanan kami akan semakin bertambah. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

4. Menguji dan Memberikan Pujian

Rasulullah bertanya kepada Ubay bin Ka'ab : Ayat yang manakah dari Al-Quran menurutmu lebih agung?

Beliau menjawab : Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.

Rasulullah bertanya lagi soalan yang sama. Ubay menjawab : Allahu la ilaha illa huwa al-hayyum al-qayyum.

Baginda menepuk dada Ubay dan mengatakan : Semoga ilmu pengetahuan menyenangkanmu. (Hadis riwayat Muslim).

5. Memberi Nasihat dan Peringatan.

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman. (Surah az-zariyat ayat 55)

6. Memegang Tangan atau Bahu Orang Yang Diajak Bicara

Ibn Mas'ud berkata : Rasulullah telah mengajar tasyahud kepadaku sambil Baginda memegang tapak tanganku. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Menjadi Contoh Teladan

Sungguh pada diri Rasulullah itu terdapat teladan yang baik bagi sesiapa yang mengjarapkan pertemuan dengan Allah dan hari akhir serta banyak mengingati Allah. (Surah Al-Ahzab ayat 21)

8. Memudahkan Urusan Orang Lain

Rasulullah bersabda : Permudahkanlah setiap urusan dan janganlah kalian menyusahkan, berikanlah khabar gembira dan janganlah kalian membuat mereka lari. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

9. Memberikan solusi

Seorang lelaki pernah datang berjumpa Rasulullah agar diizinkan untuk berperang. Nabi bertanya : Apakah kedua orang tuamu masih hidup? 

Ya.

Berbaktilah kepada mereka. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sumber : Majalah Demi Cinta Isu 4

Jumpa lagi.

Ummi Aina
www.wasap.my/60133613516/Tasneem-balm
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

No comments:

Post a Comment