Thursday, January 24, 2019

Menambah Rangsangan Otak Anak

Baru-baru ini saya membaca sebuah buku bertajuk Ayat-ayat Allah Pada Tubuh Manusia. 


Saya kagum membaca fakta tentang otak. Subhanallah. Ada yang umpamakan otak sebagai hutan rimba yang sangat luas dan belum habis diteroka.

Neuron dalam otak sentiasa bekerja dan bersambung selagi ada aktiviti otak. Malah kelajuannya mencapai 360km per jam!

Sebab itu adanya anjuran baginda SAW :
Amal yang paling dicintai Allah adalah yang paling konsisten sekalipun sedikit (Hadis riwayat Muslim).

Dan Allah juga telah mengingatkan kita melalui firman-Nya :
Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani semua itu akan diminta pertanggungjawaban. (Surah Al-Isra' ayat 36)

Sebab itu kita dituntut belajar dan belajar. Sebab neuron otak bersambung setiap kali ada aktiviti. Maka teruslah membaca, mengkaji, mentadabbur dan sebagainya.

Ia sebenarnya menyumbang kepada kesihatan otak juga. Subhanallah. Baru kini faham mengapa dititikberatkan tentang menjaga pandangan dan pendengaran serta kepentingan menuntut ilmu.

Baru tahu dari perspektif sains dan kesihatan!

Sekadar untuk pengetahuan umum, haiwan yang Allah ciptakan pula berbeza deria pendengaran mengikut saiz, tempat dan bentuk telinga mereka. Menarik, bukan?


Mari kita lihat fun facts ini :

--- Kucing hanya mula mendengar ketika usia mencecah 3 minggu (sumber :di sini)

--- Anjing juga mula mendengar ketika berusia 3 minggu dan ke atas (sumber : di sini)

--- Arnab mendengar selepas seminggu dilahirkan (sumber : di sini)

--- Tupai mendengar selepas sebulan dilahirkan (sumber : di sini)

Jadi, kita boleh optimumkan pendengaran yang Allah beri ini dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, menuturkan perkataan yang baik, bercakap dengan berhemah dan santun serta membacakan anak buku.

Cuba lihat gambar di bawah ini :




Hasil kajian oleh Nanci Bell dan Patricia Lindamood menunjukkan ilustrasi otak sebelum dan selepas seorang anak Autisme yang dibacakan buku (intervention) selama 10 minggu.

* Nota : Sumber kajian Visualizing and Verbalizing Program, the intervention was developed by educator Nanci Bell and speech-language pathologist Patricia Lindamood.


Jadi, apa yang kita boleh bantu anak kita?

> Bacakan anak buku
> Perdengarkan alunan ayat suci al-Quran
> Melihat perkara yang baik. Elak melihat perkara yang memudaratkan
> Galakkan anak-anak membaca, bertanya, menyelidik dan belajar

Wallahualam. Jumpa lagi.

Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

No comments:

Post a Comment