Monday, October 1, 2018

Jurnal kesyukuran

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. [Al-Baqarah/2:152]
Saya suka membaca peringatan dari seorang sahabat saya. Saya mengenali beliau semasa kami masih berada di tahun awal universiti. Beliau seorang yang bersungguh apabila melakukan sesuatu. Baru-baru ini beliau memuat naik satu status di laman sosialnya tentang menyenaraikan seberapa banyak kesyukuran kita pada hari tersebut.

Apabila difikirkan, benar juga kan. Lidah kita mudah sahaja merungut. Lancar sahaja mengeluh. Sedangkan ada beratus lagi nikmat yang Allah kurniakan kepada kita setiap hari.

Ya Allah, saya bersyukur hari ini saya masih dapat melihat wajah ibu ayah saya. 
Ya Allah saya bersyukur hari ini saya masih dapat memeluk kesayangan saya - suami dan anak-anak.
Ya Allah saya bersyukur hari ini saya masih mempunyai kesihatan yang baik.
Ya Allah saya bersyukur kerana hari ini saya masih dapat mengajar anak-anak kampung mengaji al-Quran.
Ya Allah, saya bersyukur kerana hari ini saya masih dapat membacakan buku untuk anak-anak saya.
Ya Allah saya bersyukur kerana hari ini cuaca sangat baik dan saya dapat selesaikan urusan mendobi dengan lancar. 

Dan senarai yang berterusan. Masya Allah.

Jom senaraikan nikmat dan kebaikan yang kita terima hari ini. Semoga bermulanya bulan baru ini, kita menjadi orang yang sentiasa positif dan bersemangat!

Jumpa lagi.

Ummi Aina.

No comments:

Post a Comment