Saturday, October 6, 2018

Betulkan cara tidur kita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Tidur sangat penting untuk perkembangan dan kesihatan anak-anak. Sebenarnya untuk kita juga.


Malam tadi buka semula buku nota. Saya suka mencatat apabila ada kesempatan terutama ketika membaca buku. Mana-mana isi penting saya tuliskan kerana mudah dirujuk bila berkeperluan.

Menurut Dr Hafiz Sulaiman, tidur yang cukup membantu :

- Mengurangkan stres kerana hormon melatonin (hormon tidur) adalah antistres yang efektif

- Mencerdaskan otak dan tajam bukannya menjadikan brain fog atau mengantuk

- Wajah lebih bersinar dan berseri bukannya penuh eye bag di muka

- Rasa lebih bertenaga bukannya lemah hingga nak bangun solat pun payah

Kesemua faktor di atas dapat dicapai sekiranya tidur kita cukup dan elok. Tetapi hari ini berapa ramai boleh capia keadaan yang baik ini?

Tidur kita dan anak-anak telah terganggu dengan rutin aktiviti yang tidak sihat.

Anak-anak aktif pada waktu malam. Menonton televisyen, makan mengunyah macam-macam dan mak ayah yang sibuk dengan urusan di telefon pintar. Huhu.

Sumber gambar : di sini

Lampu biru inilah yang mengganggu hormon tidur. Dari mana sumber lampu biru ini?

❎ Lampu LED
❎ Televisyen
❎ Telefon pintar

Bagaimana nak pulihkan hormon tidur?

✅ Tidur awal
✅ Tidur dalam gelap
✅ Makan makanan yang sihat dan seimbang

Boleh juga cuba calit balm Sleep atau roll on Sleep pada anak-anak dan diri sendiri. Buat kami sekeluarga memang berkesan. Anak jarang bangun menangis tengah-tengah malam lagi buat ummi terkejut.



Anak lena dan mudah diurus. Emosi mak ayah nak bangun pagi esoknya pun OK lagi. Haha.

Balm ini pun kecil, mudah dibawa ke mana-mana. Tambahan, baunya pun wangi. Anak-anak memang boleh pakai sebab tak panas. Paling penting tiada paraben, SLS dan bahan kimia berbahaya. Semuanya natural.

Harga sebiji balm ialah RM49.00 (kos pos berasingan). Nak diskaun? Boleh, boleh. Beli 2 balm ke atas kita bagi potongan tau. Ada free gift lagi. 

Saya COD di Pernu, Telok Mas, Umbai, Batu Berendam dan kawasan sekitar. Caj COD juga bergantung pada kawasan ye 😉

Jumpa lagi.

Ummi Aina.

No comments:

Post a Comment