Sunday, December 23, 2018

Lagi set balm disambar ibu :)


Alhamdulillah, sejak Sale Cuci Warehouse Tasneem dilancarkan, ramai ibu ambil peluang untuk cuba dan pakai balm kami.

Ibu ini ambil Sleep dan Skeenz. Pilihan terbaik!

Skeenz RM45 dan Sleep harga RM39. Kedua-duanya dapat diskaun RM10 daripada harga asal!

Anaknya kerap ruam apabila berpeluh. Kasihan tergaru-garu. Moga serasi dengan Skeenz dan kulit anak tiada masalah lagi.

Sleep pula nak cuba bagi anak tidur lena, tak terkejut-kejut semasa tidur. Ibu pun boleh lena sekali bila lihat anak tidur dengan tenang.

Semoga parcel selamat tiba!

Ummi Aina,
www.wasap.my/60133613516/Saya-nak-Tasneem-balm

Monday, December 10, 2018

Balm Calm Penyelamat di Kem Anak Kusoleh Solehah

بسم الله الرحمن الرحيم

Minggu lepas dan minggu ini ummi terlibat dengan Kem Anak Kusoleh Solehah di masjid kampung. Seramai hampir 100 orang anak kampung terlibat dalam program ini. Umur peserta antara 3 hingga 17 tahun.     

Setiap hari, okay sahaja anak-anak yang ikut bersama. Tapi, hari ini anak kecil ummi mula meragam menangis di tengah-tengah peserta. Huhu. Puas dipujuk. Tak mahu juga. Ummi fikir juga apa yang tidak kena?

Akhirnya ikhtiar akhir, sapukan balm Calm pada anak. Memang ummi sapu lebih sikit (geram kot. Huhu.. tak baik ummi ni) pada belakang telinga, tulang belakang, pergelangan tangan dan tapak kaki. Hidung pun ummi sapu sebab anak suka bauan Calm.



Lepas sapu, anak terus diam. Masya Allah, tak percaya rasanya. Dia terus bertenang dan duduk sebelah ummi sepanjang ummi mengajar. Allahu Allah, tiada daya dan upaya melainkan kuasa-Nya.

Balik dari masjid, ummi teringat nak lihat kandungan balm Calm. Apa yang "magic" sangat anak yang tantrum tiba-tiba duduk baik sahaja?



Ada 8 jenis essential oil di dalam balm Calm dan salah satunya ialah Orange yang berfungsi :



1) Menghapuskan toksin dalam badan
2) Menaikkan mood
3) Mengeluarkan dari tekanan dan kemurungan 
4) Bersifat antioksidan
5) Membantu lebih fokus dan produktif                                                                                                 
Sekarang sudah tahu salah satu kandungan Calm Time. Untuk 7 lagi bahan essential oil, boleh baca di sini --> Calm Time Balm. Sekarang memang Calm sentiasa dibawa ke mana-mana ;)

Nak cuba balm Calm? Boleh roger ummi ya.

Ummi Aina.

Sunday, December 2, 2018

Testimoni Set Yak Uhuk Uhuk

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ    

Sebelum bermusafir, ibulah orang paling sibuk sekali buat persiapan. Jangan kata nak keluar jauh, keluar ke pasaraya pun ibu kena ready juga ;)


Biasanya untuk kit travel, ummi suka cadangkan dua balm ini ~ Set Yak Uhuk Uhuk. Sebab paling berjaga-jaga janganlah ada yang kembung, gastrik atau cirit-birit. T-rub si kuning ini memang penyelamat.


CF-rub walaupun untuk batuk dan selsema, bila sapu ini pakej hidung anak pun selesa dapat bernafas, maka kuranglah merengek tak selesa, kan? Lagi pula ada Lavender dan Tea Tree dalam CF-rub.


Fungsi Lavender beri rasa relaks dan stabilkan mood manakala Tea Tree berperanan meningkatkan antibodi badan.

Lega bila ada ibu dan anak dapat manfaat dari set ini :


Nah, dua balm ini ada 10% diskaun semasa pembelian. Nak tanya apa-apa boleh juga, ketuk je inbox / WhatsApp ummi :-)

Sebiji balm RM49.00
Kombo 2 balm RM88.00
Kos pos Semenanjung RM8.00
Kos pos Sabah Sarawak RM12.00

#KitTravelTasneem
#TasneemNaturel

#TasneemNaturelMelaka

Ummi Aina

Saturday, December 1, 2018

Akidah First

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ



Dulu masa pensyarah nak pantau cikgu praktikal mengajar, mesti dengar banyak kali mereka dok ulang. "Penerapan nilai penting kepada anak-anak murid."

Masa tu, ummi belum kahwin, dan bahagian ini susah bagi ummi sebab ummi tak berapa faham. Huhu.

Rupanya senang je. Sekarang harus tambah satu nilai penting iaitu AKIDAH.

Apa-apa yang kita cakap dengan anak, selitkan pasal baginda atau apa Allah cakap. Supaya anak sedar dan prihatin dengan sunnah dan isu akidah.

"Adik, lepas mandi kena sikat rambut tau. Sebab sunnah baginda merapikan rambut. Memang kita nak cantik tapi niat ikut sunnah nabi, dapat pahala tau.

Mula dari kanan ye. Kemudian ambil minyak rambut sapu. Ha, wangi dan kemas! Cuba tengok cermin."

Kembang kempis hidung anak kena puji. Ye tak? Hehe.

Jom, kita mulakan hari ini. Semoga anak-anak kita jadi anak soleh dan solehah.

++++

Nak dapatkan balm, boleh hubungi ummi ya.



Ummi Aina.