Saturday, December 1, 2018

Akidah First

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ



Dulu masa pensyarah nak pantau cikgu praktikal mengajar, mesti dengar banyak kali mereka dok ulang. "Penerapan nilai penting kepada anak-anak murid."

Masa tu, ummi belum kahwin, dan bahagian ini susah bagi ummi sebab ummi tak berapa faham. Huhu.

Rupanya senang je. Sekarang harus tambah satu nilai penting iaitu AKIDAH.

Apa-apa yang kita cakap dengan anak, selitkan pasal baginda atau apa Allah cakap. Supaya anak sedar dan prihatin dengan sunnah dan isu akidah.

"Adik, lepas mandi kena sikat rambut tau. Sebab sunnah baginda merapikan rambut. Memang kita nak cantik tapi niat ikut sunnah nabi, dapat pahala tau.

Mula dari kanan ye. Kemudian ambil minyak rambut sapu. Ha, wangi dan kemas! Cuba tengok cermin."

Kembang kempis hidung anak kena puji. Ye tak? Hehe.

Jom, kita mulakan hari ini. Semoga anak-anak kita jadi anak soleh dan solehah.

++++

Nak dapatkan balm, boleh hubungi ummi ya.



Ummi Aina.

No comments:

Post a Comment