Saturday, October 6, 2018

Morning Sickness

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Morning sickness atau mabuk berlaku pada ibu hamil pada fasa minggu kelima hingga keenam. Tetapi sebenarnya ia tidak menentu. Ada ibu yang mengalami sepanjang kehamilan. 


Sumber gambar dari sini


Dipanggil morning sickness kerana simptom ini lebih teruk dialami pada waktu pagi. Namun ada juga ibu yang mengalaminya pada waktu lain. 

Jangan terlalu runsing. Luahkan perasaan pada pasangan atau orang terdekat yang anda selesa. Morning sickness bukan mengada-ngada tau 😅

5 perkara apabila mengalami morning sickness :

1) Elak diri terlalu letih dan tertekan.
2) Makan sedikit tetapi kerap.
3) Kenal pasti makanan yang sesuai dengan diri anda. Jauhi makanan pedas dan berlemak. Ia mengundang kepada masalah morning sickness.
4) Elak bau yang tidak menyenangkan.
5) Untuk kekal segar, minumlah air sejuk, perahan limau nipis atau apa sahaja yang boleh dinikmati.

Semoga ibu-ibu hamil dapat melalui fasa kehamilan dengan baik dan gembira.

*Sumber info disesuaikan daripada buku Catatan Lengkap Sepanjang Kehamilan & Kelahiran (40 Minggu Nan Indah) dan buku Kehamilan dari Prakonsepsi  Sehingga Kelahiran (terjemaham daripada buku Pregnancy from Preconception to Birth oleh babycenter).

Untuk dapatkan balm bayi atau mahu tahu lebih lanjut balm Tasneem Naturel, boleh hubungi nombor tertera ya 😘



Ummi Aina.

No comments:

Post a Comment