Saturday, October 20, 2018

5 tip apabila anak bertanya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ   

Anak kecil memang suka bertanya. Selalu juga bertanya soalan di luar kotak, kan? Ibu ayah pening memikirkan jawapannya.


Teringat seorang kawan Ummi, masa itu dia seorang sahaja ada anak yang sudah masuk darjah 1. Anak kami pula masih bayi.

Anaknya itu sangat petah bercakap. Tak padan dengan usianya jika mendengar dia berceloteh. Apatah lagi mengeluarkan pendapat. Hihi.

Sehinggakan ada yang mengusik bahawa kawan ini sudah boleh buat buku "koleksi soalan anak kecil".

5 tip berhadapan dengan anak petah ini :-)

1) Meraikan soalannya.
- Menerima soalannya dan cuba jawab mengikut tahap kefahamannya.

2) Memuji soalan anak.
- Terima kasih kakak tanya soalan ni. Dapat juga kita belajar sesuatu yang baru.

3) Menerangkan dengan betul.
- Terangkan ikut kefahamannya.
- Anak sedang belajar sesuatu dengan lebih dalam mengikit arasnya

4) Tak mengapa jika ibu ayah tidak tahu.
- Jujur memaklumkan yang kita tidak tahu dan akan berikan jawapan selepas kita mengetahuinya.
- Jangan marah atau menipu jawapan supaya anak diam.

5) Sabar.
- Ini paling penting ;)
- Anak-anak percayakan anda, sebab itu mereka bertanya kepada anda.
- Gunakan masa ini membina ikatan mesra dengan anak-anak tersayang.

Semoga berbahagia dengan membahagiakan orang lain.

#Tip 1 dan 2 daripada Pn Khairunnisa dalam bukunya, Ibu, Kuingin Tahu.

Ummi Aina.

No comments:

Post a Comment